Photobucket
| HOME | QURAN | TAFSIR | SOFT WARE | MY PICTURES | FORUM | VIDEO ONLINE | DOWNLOAD | SILAT HARIMAU |
"Kamu adalah Sebaik-baik Umat, yang di lahirkan bagi Manusia, supaya kamu menyuruh Perkara yang Baik dan mencegah perkara yang Mungkar serta Beriman kepada Allah" (Al Imran - 110)
|| Ahlan Wasahlan ||
Photobucket
|| Tok Guru Kite ||
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
|| Mutiara Hadis ||
|| Rangkaian Web ||
Persatuan

University


Berita Online


Yamany Bloggers


Mesir Bloggers


Malaysia Bloggers


Tatapan Blogger


Sensasi


Others Web


|| Previous Post ||
|| Archives ||
|| Live Traffik ||
|| Subscribe ||
|| Powered by ||

BLOGGER

Hikmah Puasa Dan HukumNya:
Saturday 29 August 2009
Terjemahan Kitab: Syeikh Abdul Majid Aziz Az-Zindani

Pendahuluan

Sesungguhnya segala puji bagi Allah, kita memuja:Nya, kita meminta pertolongan-Nya, kita meminta keampunan-Nya. Kita berlindung dengan Allah dari kejahatan-kejahatan diri kita serta keburukan-keburukan amalan kita. Sesiapa yang diberi hidayah oleh Allah maka tiada penyesatan untuknya dan sesiapa yang Dia sesatkan maka tiada petunjuk untuknya. Saya mengakui bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, Dia sahaja, tiada sekutu bagi-Nya. Dan saya mengaku bahawa Muhammad itu hamba-Nya dan utusan-Nya.

Firman Allah s.w.t maksudnya: {Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.} [Aali Imran : 102]

Firman Allah s.w.t maksudnya: {Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.} [An-Nisa’ : 1]

Firman Allah s.w.t maksudnya: {Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah, dan katakanlah perkataan yang tepat - benar (dalam segala perkara), Supaya Ia memberi taufiq dengan menjayakan amal-amal kamu, dan mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah) sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya ia telah berjaya mencapai sebesar-besar kejayaan.}
[Al-Ahzab : 70-71]

Adapun sesudah itu: Sesungguhnya sebenar-benar percakapan adalah Kitab Allah, dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad s.a.w, dan seburuk-buruk perkara adalah yang diada-adakan darinya, dan setiap yang diadakan itu adalah bidaah, dan setiap bidaah itu adalah kesesatan.

Wabadahu; Sememangnya puasa adalah ibadat yang dikhaskan Allah untuknya. Tidak disembah sekutu-sekutu, berhala-berhala dan patung-patung selain-Nya dengan ibadat puasa, kerana itu dijadikan padanya pahala berlipat-kali ganda sebagaimana berfirman Taala di dalam Hadith Qudsi:
إِلَّا الصِّيَامَ فَإِنَّهُ لِي وَأَنَا أَجْزِي بِهِ
[maksudnya]: (melainkan puasa kerana ia adalah untuk-Ku dan akulah yang akan membalasnya) [Al-Bukhari-1894, Muslim 2704].

Allah menjadikan kesihatan tubuh badan sebagai balasan segera untuk puasa, seperti mana berfirman Taala:
{ وَأَنْ تَصُومُوا خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنتُمْ تَعْلَمُونَ}
[maksudnya]: {Dan kamu berpuasa lebih baik untuk kamu, jika kamu mengetahui} [Al-Baqarah : 184].

Kesihatan tubuh sebagai balasan dan kebaikan segera; itulah yang dibincangkan oleh sumber-sumber perubatan, dan yang terpenting di antaranya adalah buku (Mukjizat Puasa) oleh Doktor Abdul Jawwad As-Sowi.

Allah juga menjadikan pembebasan belenggu daripada api-api Neraka sebagai balasan yang mendatang untuk orang-orang berpuasa seperti mana yang datang di dalam hadith Abi Hurairah r.a beliau berkata: Telah bersabda Rasulullah s.aw MaksudNya: (Apabila awal malam bulan Ramadhan, akan diikat syaitan-syaitan dan penderhaka-penderhaka jin, ditutup pintu-pintu Neraka maka tidak terbuka darinya walau satu pintu pun, dibuka pintu Syurga maka tidak tertutup darinya walau satu pintu pun, dan akan menyeru [suara] penyeru; wahai yang menginginkan kebaikan maralah dan wahai yang menginginkan kejahatan berundurlah. Dan bagi Allah orang-orang yang dibebaskan daripada Neraka dan itu adalah setiap malam) [At-Tirmizi-682]

Allah telah memuliakan orang-orang Islam di dalam Ramadhan dengan rahmat-Nya dengan diikat penderhaka-penderhaka dari kalangan Syaitan. Oleh itu, turun ke atas orang-orang Islam kesejahteraan agama yang dapat disaksikan oleh sesiapa yang memerhati keadaan mereka di dalam bulan yang mulia ini. Dan Dia telah menjadikan di dalamnya satu malam, yang pengabdian kepada-Nya pada malam berkenaan lebih baik daripada pengabdian kepada-Nya selama seribu bulan. Di antara tanda-tanda malam tersebut adalah terbitnya Matahari pada paginya putih bersih tidak mempunyai sinaran, berlainan dengan terbitnya pada hari-hari lain.

Kami telah bentangkan di dalam buku kecil ini sebahagian daripada perkara yang kami nyatakan sebentar tadi, sebagaimana kami juga membentangkan sejumlah hukum-hukum puasa yang dilakukan oleh Kelab Fiqh Siswa dan Kelab Fiqh Siswi di bawah pengawasan pensyarah-pensyarah mereka.

Kami memohon [kepada] Allah agar menerima usaha ini dan memanfaatkan dengannya Islam dan orang-orang Islam, dan segala puji bagi Allah; Tuhan sekalian Alam.

Pengenalan Puasa Syar’ei Islam:

Ia adalah menahan daripada makan, minum dan bersetubuh dari terbit fajar sehingga terbenam matahari dengan niat.

Pengenalan Puasa Perubatan (Berlapar):

Iaitu: sekatan menyeluruh atau separa, untuk satu jangka masa yang lama atau sekejap, daripada mengambil makanan dan minuman serentak ataupun daripada makanan sahaja.

Telah berlaku percampuran dan kekeliruan di antara Puasa Syar’ei Islam dengan Berlapar; ia adalah antara yang menjadikan penerima Sains Moden terutama ahli perubatan, tidak dapat membezakan di antara kedua-duanya, dan mereka mengenakan kesilapan-kesilapan Berlapar terhadap Puasa Islam.

Doktor Abdul Jawwad As-Sowi berkata: Puasa perubatan adalah seseorang menahan di dalamnya daripada makan sahaja, tidak daripada air, untuk satu jangka masa yang lama mahupun sekejap, dan ideanya diasaskan di atas fakta kadar tenaga yang tersimpan di dalam tubuh bagi membekalkan manusia dengan kehidupan dan pergerakan untuk masa yang berkitar dari sebulan hingga tiga bulan.

Faedah-faedah Berlapar (Puasa Perubatan)

Sesungguhnya telah dicatatkan kesan-kesan berfaedah bagi Berlapar (puasa perubatan) yang berlaku terhadap tugas-tugas utama tubuh. Ahli-ahli perubatan mendapat manfaat daripadanya, dan mereka mendirikan demi kerananya klinik-
klinik kesihatan yang merawat ketidakstabilan tubuh serta sebahagian penyakit-penyakitnya yang kronik dengan berpuasa.

Pengarang buku The Hygienic System Vol III; Fasting and Sun Bathing; Herbert M. Shelton telah menyatakan sebahagian daripadanya, yang boleh diringkaskan di dalam noktah-noktah berikut.

1 – Meluangkan kerehatan tugas (fisiologi) kepada semua anggota-anggota tubuh.

2 – Membuang toksik-toksik dan lebihan-lebihan keluar tubuh.

3 – Pembaharuan sel-sel tisu.

4 – Merawat penyakit-penyakit.

5 – Pembaikan anggota-anggota deria dan perasaan.

Kelebihan Puasa Syar’ei Islam Ke Atas Berlapar (Puasa Perubatan):

1- Berlaku keseimbangan dua pusingan; pembinaan dan pemusnahan pada sel-sel tubuh manusia sewaktu Puasa Islam, dan itu adalah dengan pengambilan makanan pada waktu malam dan menahan daripadanya sewaktu siang hari. Akan ditambah ke dalam himpunan asid-asid amino [tubuh], kadar besar daripada asid ini yang datang bersama-sama makanan; ia adalah antara perkara yang membantu pembaharuan segera sel dan kandungan-kandungannya, mencukupkan kadarnya yang mesti bagi penghasilan glukosa darah di siang hari, dan melebihkan asid amino segar di dalam darah.

2- Akan dicergaskan proses-proses penting hati di dalam Puasa Islam, lalu ia akan menjalankan pembuatan protein dan bahan-bahan fosforus lemak, bagi pembentukan protein lemak berketepuan tinggi (HDLs) yang menjalankan pemindahan lemak-lemak ke hati, ia berlawanan dengan Berlapar yang menghentikan proses penting ini.

3- Tubuh akan dibersihkan daripada lemak dengan cara semula jadi yang selamat di dalam Puasa Islam. Oleh itu, ia tidak akan membawa kepada pelemakkan hati (fatty liver), kerana tidak terkumpul kadar yang besar daripadanya sebagaimana ketika Berlapar.

Puasa dan Taqwa :

Berfirman Allah S.W.T Yang Bermaksud:
{Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.} [Al-Baqarah : 183].

Kita telah lihat pada apa yang telah lalu, bagaimana orang ramai mendekati perkara-perkara ketaatan dalam Ramadhan dan menjauhi banyak dari perkara-perkara maksiat; dan itu adalah daripada Taqwa yang merupakan antara hasil berpuasa di dalam Bulan yang mulia ini.

Seperti mana otot-otot tubuh akan bertambah kuat dengan melakukan senaman, sesungguhnya kemahuan kebaikan di dalam diri manusia juga akan bertambah kuat mengatasi tarikan-tarikan kejahatan di dalamnya dengan dilatih untuk mengawal syahwat dan keinginannya; yang antara paling besar di antaranya adalah, keinginan fitrah kepada makanan di waktu lapar dan minuman di waktu dahaga, dan [dilatih untuk] menahan daripada bersetubuh ketika kuat keinginan kepadanya.

Justeru itu, apabila menjadi kuat kemahuan di dalam diri manusia dan ia dilatih untuk taat kepada Allah, sesungguhnya itu akan membawa kepada daya kemampuan taqwa di dalam diri manusia. Setiap orang yang berpuasa boleh makan dan minum tanpa dilihat oleh sesiapa, tetapi dia dengan berpuasa, dididik untuk muraqabah Allah sepanjang sebulan penuh, maka akan menjadi kuat muraqabah orang yang berpuasa terhadap Tuhannya, lalu dia akan bertambah kepada Allah dari segi taqwa. Dan setiap kali mana datang Ramadhan, ia akan mengingatkan orang yang berpuasa berkenaan telah habis setahun daripada umurnya dan semakin hampir dia dengan ajalnya, lalu akan bertambah kemampuan ketaqwaan di dalam dirinya.

Seseorang yang berpuasa bimbang puasanya akan dilukakan oleh pandangan yang haram atau kata-kata buruk yang terdiri daripada mengumpat atau mengadu-domba atau pengakuan bohong, maka anda akan melihat dia menjauhi banyak dari perkara-perkara mungkar.

Syarat-syarat Sah Puasa:

Pertama: Islam, maka tidak sah puasa dari seorang kafir kerana dia tidak layak untuk ibadat selama mana dia kekal pada kekufurannya.

Kedua dan Ketiga: Terhentinya darah haid dan nifas, [Sabda nabi saw yang maksudnya]: (Bukankah apabila dia [yakni seseorang wanita] haid, dia tidak solat dan tidak berpuasa?) (riwayat abu daud). Jika dia berpuasa, ia tidak sah daripadanya.

Keempat: Tamyiz, maka wajib ke atas penjaga kepada seseorang yang mumaiyiz yang mampu berpuasa, memerintahkannya berpuasa serta memukulnya kerana puasa bagi membiasakannya berpuasa, kerana diqiaskan kepada Solat, adapun yang tidak mumaiyiz, maka tidak wajib ke atasnya.

Kelima: Akal, maka tidak sah puasa daripada sesiapa yang tidak mempunyai akal yang dia fahami dengannya ibadat serta diniatkan. Dan ibadat tidak sah melainkan dengan niat bahawa puasa adalah menahan berserta niat.

Keenam: Niat sejak malam untuk setiap hari kerana hadis Hafsah, bahawa Nabi s.a.w telah bersabda:
مَنْ لَمْ يُجْمِعْ الصِّيَامَ قَبْلَ الْفَجْرِ فَلَا صِيَامَ لَهُ
Maksudnya:(Sesiapa yang tidak menghimpunkan puasa sebelum fajar, maka tiada puasa untuknya)(Riwayat Abu Daud-2454).

Oleh itu, sesiapa yang terlintas pada hatinya di waktu malam bahawa dia berpuasa esok hari, maka dia telah berniat, kerana niat tempatnya adalah di hati, begitu juga makan dan minum dengan niat pada waktu sahur atau pada mana-mana bahagian malam yang menduduki kedudukan niat.

Sebagaimana niat adalah wajib di dalam puasa Ramadhan, ia juga adalah wajib pada setiap puasa wajib seperti qada, kafarah dan nazar. Sementara puasa sukarela pula, sah padanya niat selepas terbitnya fajar; kerana telah sabit bahawa Nabi s.a.w telah masuk ke [rumah] sebahagian isteri Baginda, lalu Baginda berkata: (Adakah terdapat makanan? Jika mereka berkata: "Tiada", maka Baginda akan berkata: Jika begitu, aku berpuasa) (Shahih Muslim-170, Tarmizi-733, Abu Daud-2455).

Apa Yang Diharamkan Puasanya:

1) Diharamkan berpuasa pada Dua Hari Raya: Kerana apa yang sabit dari hadith Abi Said, bahawa Rasulullah s.a.w telah melarang dari berpuasa pada dua hari; Hari Fitrah dan Hari Nahr (Al-Bukhari-1197,Sahih Muslim-140).

2) Diharamkan berpuasa hari-hari Tasyriq: Kerana apa yang datang daripada Saad bin Abi Waqqas, beliau berkata: Telah memerintahkan daku Nabi s.a.w, supaya aku menyeru pada hari-hari Mina (iaitu hari-hari Tasyriq), bahawa ia adalah hari-hari makan dan minum, serta tiada puasa di dalamnya (Muslim-153).

3) Diharamkan mempercepatkan Ramadhan sehari atau dua hari dengan berpuasa: Kerana apa yang sabit dari hadith Abi Hurairah, bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda:
لَا يَتَقَدَّمَنَّ أَحَدٌ الشَّهْرَ بِيَوْمٍ وَلَا يَوْمَيْنِ إِلَّا أَحَدٌ كَانَ يَصُومُ صِيَامًا قَبْلَهُ فَلْيَصُمْهُ
[maksudnya]: (Janganlah seseorang di kalangan kamu mempercepatkan Ramadhan dengan berpuasa sehari atau dua hari, melainkan dia adalah seorang lelaki yang sedang berpuasa satu [bentuk] puasa, maka hendaklah dia berpuasa [pada]nya) (Al-Bukahri-1914,Muslim-21).



BACA SETERUSNYA...
posted by Ibnu Abdullah @ 13:36   0 comments
TAUJIHAD UNTUK ORANG YANG BERPUASA
Thursday 20 August 2009
1. Barang siapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan keimanan dan mengharapkan pengampunan daripada Allah SWT maka akan diampunkan baginya segala dosa-dosa terdahulu.

2. Dan ingatlah bagi mereka yang berbuka pada siang hari di bulan Ramadhan tanpa uzur, sesungguhnya ia adalah dosa yang paling besar.

3. Memperbanyakkan sembahyang tarawih dan tahajud di malam Ramadhan terutamanya pada malam Lailatulqadar.

4. Setiap doa dan amalan yang akan diterima oleh Allah taala bersumberkan konsep yang halal sama ada pada makanan, minuman, dan pakaian.

5. Peliharalah sembahyang fardhu pada waktunya dengan berjemaah di masjid.

6. Membanyakkan sedekah, sesungguhnya sedekah paling afdhal ialah bersedekah di bulan Ramadhan.

7. Ingatlah waktu yang dimanfaatkan dengan amalan yang baik, maka kamu akan bertanggungjawab ke atasnya, maka diberi pahala pada amalan yang baik dan diberi balasan pada amalan yang buruk.

8. Bersedia untuk berpuasa dengan bersahur di akhir malam dan sebagaimana sunnah dilewatkan selama mana tidak dibimbangkan terbitnya fajar.

9. Menyegerakan berbuka apabila telah pasti terbenamnya matahari.

10. Mengambil peluang di bulan yang penuh keberkatan ini dengan memperbanyakkan amalan yang baik seperti membaca Al-Quran, bertadabbur, berfikir dan mengingati tentang hari kiamat.

11. Peliharalah lidah kamu daripada bercakap bohong, mengumpat dan melaknat, sesungguhnya perbuatan itu boleh mengurangkan pahala puasa kamu.

12. Lahirkan puasa kamu dengan bertakwa kepada Allah SWT, bersyukur pada nikmat yang dikurniakan, sentiasa beristiqamah di dalam melakukan ibadat, ketaatan dan menunaikan semua perkara yang disuruh dan meninggalkan perkara yang dilarang.

13. Banyakkan berzikir, beristighfar, memohon kepada Allah taala agar ditempatkan di dalam syurga dan dijauhkan daripada seksaan api neraka.

14. Banyakkan berdoa untuk diri sendiri, kedua ibu bapa, keluarga, saudara-mara, ahli keluarga dan muslimin serta muslimat sama ada yang hidup atau pun yang telah tiada.

15. Bertaubatlah dengan taubat nasuha pada setiap waktu, hindarilah maksiat. Dan berazam tidak akan melakukan kesalahan yang lalu, sesungguhnya Allah SWT akan mengampunkan dosa bagi orang yang bertaubat.

16. Berterusan melakukan amalan yang baik dengan keimanan dan ketakwaan walaupun berlalunya Ramadhan sehingga roh dan jasad kembali kepada Allah taala.

17. Perbanyakan selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi SAW, ahli keluarganya, sahabat-sahabat dan orang-orang yang mengikutinya hingga hari pembalasan.

18. Berpuasalah 6 hari daripada bulan syawal, barang siapa yang berpuasa dibulan ramadhan dan diikuti pula puasa 6 hari daripada syawal seumpama berpuasa setahun.

Marilah kita menunaikan Ramadhan kali ini dengan penuh keazaman untuk menjaga sunnah-sunnah dan adab-adabnya, semoga Ramadhan kali ini dapat melipat gandakan amalan kita daripada bulan-bulan Ramadhan yang telah kita lalui sebelum ini. Sama-samalah kita memohon dari Allah SWT agar diterima setiap amalan yang kita lakukan ini. Amin Ya Rabbal A'lamin.



BACA SETERUSNYA...
posted by Ibnu Abdullah @ 19:51   0 comments
7 Pahala Selepas Mati
Saturday 8 August 2009
Dari Anas r.a. berkata bahawa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya.

1. Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya.

2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya.

3. Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.


4. Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.

5. Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung.

6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.

7. Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Qur'an maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri.

Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah S.A.W. telah bersabda : "Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga macam :

1. Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah)
2. Ilmu yang berguna dan diamalkan.
3. Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya.

BACA SETERUSNYA...
posted by Ibnu Abdullah @ 16:26   0 comments
|| Asmaul Husna ||

Photobucket

|| About Me ||

Name: Ibnu Abdullah
Home: Sana'a, Yaman, Kuala Berang, Terengganu,, Malaysia
About Me: Firman ALLAH S.W.T Bermaksud: {Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa, apabila mereka disentuh oleh sesuatu imbasan hasutan dari Syaitan, mereka ingat (kepada ajaran Allah) maka dengan itu mereka nampak (jalan yang benar)}.Surah (الأعراف/201)
See my complete profile
|| Kata-kata Hikmah ||
|| Masa Kita ||
Waktu Yaman


Waktu Malaysia


|| Hari Ini ||
|| Berhibur ||



Gratisan Musik
|| Sembang Zulfz ||

Online

PENGUNJUNG YANG KE:

Web Site Tracking
Vysoke Tatry

|| Group Ulama' & Umara' ||


Pimpinan Pas Pusat

Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang

Al-Ust Nasharudin Mat Isa

Dato Husam Musa

Mohamad Sabu

Ust Ghani

Ust Ahmad Awang

Salahuddin Ayub

Tuan Hj Mahfuz Omar

Ust Idris Ahmad

Hanipa Maidin

Dato' Takiyuddin Hassan

Ust Nasrudin Tantawi

Ust Nik Abduh

YB Dr Lo' Lo'

Siti Zailah Naib Ketua DMPP

Athirah Al Jundi SU DMPP

Dr Halimah AJK DMPP



Adun PR Perak


Group Pakatan Rakyat


|| Tukaran Pulus ||
Currency Converter
|| Aina Anta ||
Bermula 6-Ogos-2010:
widgeo.net
© 2009 .::Zulfz::. Template by .::Zulfz Online::.