Apakah Peranan dan Tugas Yg ALLAH Tetapkan Kepada Manusia?
Wahai sahabat-sahabat sekalian sesungguhnya sedar ataupun tidak bahwa setiap denyut jantung kita adalah Amat bernilai, Oleh itu marilah kita sama-sama sentiasa memperbaiki amalan kita, supaya ianya diredai oleh Allah, Moga Allah Memberkati hidup kita didunia dan akhirat. Masa juga merupakan yang bernilai untuk kita. Oleh itu hendaklah kita mengunakannya dengan sebaik-baiknya. Didalam Al-Quran Allah ada bersumpah dengan Masa, dengan menerangkan kepada kita bahawa Masa amat penting.
Firman Allah SWT yang bermaksud: (“Demi masa sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, melainkan orang-orang yang beriman,yang mengerjakan amal soleh, dan yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran.”) (al-Asr, 103 : 1-3).
Ayat ini merupakan prinsip yang penting bagi manusia yang benar-benar ingin nelaksanakan peranannya sebagai hamba allah, mengapa mereka dicipta dan diletakkan diatas muka bumi Allah. Allah telah menetapkan 3 tugas besar bagi manusia dalam kehidupan dialam dunia ini, dan perkara-perkara ini akan dihisab dan dibicarakan dihadapan Allah, sebagaimana firman Allah yang bermaksud: (“Adakah kamu mengira bahawa kami ciptakan kamu begitu (sahaja tanpa tujuan)? Dan dalam keadaan kamu tidak dikembalikan semula kepada kami (untuk dihisab dan dibicarakan”)? (al-mukminun, 23 : 115).
Tugas yang Allah telah tetapkan kepada manusia seperti berikut:
1) Ibadah, telah dinyatakan oleh firman Allah yang bermaksud: (“dan tidaklah aku ciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdikan diri kepada Ku.”) (al-zariyat, 51 : 56)
Ibadah itu merangkumi kepada semua perkara syiar ibadah dan kepatuhan kepada semua urusan kehidupan di dunia dalam semua aspek.
2) Khilafah, Allah telah menyatakan didalam Al-Quran yang bermaksud: (“ Dan ingatlah apabila Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: “ Sesungguhnya Aku hendak menciptakan di atas muka bumi itu makhluk (manusia) yang menjadi khalifah”). (al-baqarah, 2 : 30).
Yang dimaksudkan dengan Khilafah disini ialah: kewajipan supaya menegakkan agama Islam dan mentadbir urusan dunia dengan agama.
3) Amanah, Dinyatakan oleh firman Allah yang bermaksud: (“ Sesungguhnya kami telah membentangkan amanah kepada langit,bumi,bukit bukau dan gunung ganang (supaya mereka memikulnya) tiba-tiba mereka enggan dan merasa takut akan tetapi manusia sanggup memikulnya, sesungguhnya manusia itu sangat zalim lagi amat jahil”) (al-ahzab, 33 : 72)
Amanah yang paling besar bagi manusia ialah mengendalikan urusan kehidupan didunia dengan menunaikan segala perintah Allah.
Manusia yang dapat menunaikan ketiga-tiga peranan itu ialah mereka yang dipandu oleh petunjuk Allah yang terkandung didalm surahal-asr yang menjadi wirid menamatkan majlis di kalangan Assalafus Soleh (generasi awal yang soleh).
Perkara-perkara penting yang disebut dalam surah tadi ialah:
1)Iman.
2)Amal soleh. 3)Berpesan dan nasihat supaya menegakkan yang benar daripada Allah. 4)Berpesan dan nasihat supaya bersabar dalam perjuangan dan menghadapi cabaran kerana menegakkan yang benar dengan berjihat, amar ma’ruf dan nahi mungkar. 5)Melaksanakan perkara-perkara tersebut diatas secara berjama’ah kerama disebut dengan lafaz jama’ah.
Oleh kerana itu kita hendaklah bersama-sama dengan golongan yang ingin melaksanakan perkara tersebut. Menjadi kewajipan kepada setiap orang islam bersama dengan golongan parti yang ingin menegak islam dan melaksanakan amar ma’ruf nahi mungkar serta memerintah sesebuah negara dengan Islam sebagaimana yang diajar oleh Nabi kita Muhammad S.A.W.
Allah SWT telah mengatur cirri-ciri Hizbullah (Parti yang menegakkan agama Allah) dengan janji kemenangan dunia dan akhirat, Firman Allah SWT yang bermaksud: (“Wahai orang-orang beriman! Sesiapa yang menyeleweng dikalangan kamu daripada agamanya, maka Allah melahirkan satu golongan yang Allah mengasihi mereka dan mereka mengasihi Allah, mereka merendah diri terhadap orang-orang beriman dan menunjuk-nunjukkan kekuatan menghadapi orang-orang yang menentang, mereka berjihat pada jalan allah dan tidak takut menghadapi orang yang mencela, yang demikian itu kurnia Allah kepada sesiapa yang Ia (Allah) kehendaki, dan allah itu maha luas kurnianya lagi Maha Mengetahui”) (al-maidah, 5 :54)
Kesimpulannya disini ialah mewujudkan satu golongan atau kumpulan di kalangan orang-orang yang beriman yang bersifat dengan perkara yang tersebut, cirri-ciri dan sifatnya dilahirkan melalui tarbiyyah.
Tarbiyyah itu ialah menanamkan ilmu yang menghasilkan iman dan aqidah yang membuahkan amal dan jihad dengan sifat-sifat individu yang menjadi anggota kepada golongan yang berdasarkan aqidah dan sifat-sifat yang tersebut.
Al-Quran telah menyebut bahawa peningkatan iman itu berlaku dengan beberapa cara:
Firman Allah Yang bermaksud: (“ Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu ialah yang apabila disebut Allah, rasa takutlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka akan ayat-ayatNya nescaya iman mereka bertambah dan mereka bertawakkal kepada Tuhan mereka.Mereka mendirikan sembahyang dan membelanjakan daripada apa yang kami rezeki kepada mereka. Mereka itulah orang-orang beriman yang sebenar, untuk mereka beberapa darjat di sisi Tuhan mereka, serta keampunan dan rezeki yang mulia”) (al-anfal, 8 : 2-4).
Ayat ini menyatakan bahawa peningkatan iman itu berlaku dengan ilmu berkenaan ayat-ayat Allah yang dibaca dan ilmu melihat alam, zikrillah dan mengerjakan amalan yang wajib dan sunat.
Allah SWT menegaskan amal soleh menjadi ciri terpenting kepada golongan Islam di sepanjang masa, sama ada dalam perjalanan perjuangan sehingga mencapai kemenangan. Firman Allah yang bermaksud: (“Sesungguhnya Wali (pemimpin dan penolong) kamu ialah Allah, rasulNya dan orang-orang yang beriman yang mendirikan solat, yang menunaikan zakat dan mereka ruku’ (patuh). Dan sesiapa yang berwalikan Allah,Rasulnya dan orang-orang beriman sehingga mewujudkan golongan ( Parti yang bersifat tersebut) maka sesungguhnya golongan (parti) itulah yang akan mendapat kemenangan”) (al-maidah, 5 : 55-56).
Dan Firman Allah lagi yang bermaksud: (“Orang-orang yang kami berikan kepada mereka memerintah bumi, mereka mendirikan sembahyang, mereka menunaikan zakat, ,mereka menyuruh kepada yang baik dan mencegahkemungkaran, dan bagi Allah sahaja dikembalikansegala urusan”) (al-hajj, 22 : 41)
Ayat-ayat tersebut menegaskan ciri-ciri golongan Islam ialah baramal soleh dalam hubungan dengan Allah melalui roh dan jasad dengan mendirikan solat, amal melalui harta benda dengan menunaikan zakat terhadap masyarakat dalam hubungan dengan manusia, dan menunaikan kewajipan menyuruh kepada yang baik serta mencegah kemungkaran di semua peringkat, sehingga diperingkat berkuasa memerintah menegakkan kerajaan, seterusnya semua amalan itu dihisab dihadapan allah.
Amalam-amalan yang disebut didalam ayat-ayat itu merupakan rukun dan tongak yang diwajibkan. Perlu difahami bahawa amal yang soleh itu terlalu luas bidangnya sehingga mencakupi segala ruang hidup manusia yang diserlahkan dalam setiap denyut nadi dan jantung, dan sendi-sendi anggota seseorang sama ada dalam perkara mengerjakan atau meninggalkan mengikut perintah Allah yang wajib dipatuhi secara Islam (menyerah diri) dan Ibadah (memperhambakan diri) dengan hati yang Ikhlas kerana Allah yang lahir daripada iman (aqidah) yang benar.
Untuk Akhirnya marilah sama-sama kita memperbaiki diri kita dari yang kurang baik kepada yang baik. Daripada yang baik kepada yang terlebih baik... Semoga kita menjadi Hamba Allah yang betul-betul Beriman dan Bertaqwa kepadaNya. Untuk menjadi orang yang beriman dan bertaqwa yang sentiasa takut dan berharap kepada Allah hendaklah melalui dengan Mempelajari Ilmu agama. Insyaallah apa yang saya tulis ini sedikit sebanyak memberi manfaat kepada kita semua... Wassalam...
BACA SETERUSNYA... |
Post a Comment