Bulan Ramadhan adalah bulan yang sangat tinggi darjat dan besar martabatnya di sisi Allah Subhanahu wa Ta‘ala dan RasulNya, ia juga menjadi penghulu segala bulan.
Di antara kelebihan dan keistimewaan bulan Ramadhan itu diantaranya:
1- Allah Subhanahu wa Ta‘ala telah menurunkan kitab suciNya (Al-Qur’an) yang menjadi petunjuk bagi manusia. Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:
Maksudnya : " Bulan ramadhan, bulan yang diturunkan padanya (permulaan) Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara haq dan batil), barang siapa antara kamu yang hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah dia berpuasa pada bulan itu.." [Al-Baqarah : 185]
2- Dipilih di antara malam-malam bulan Ramadhan itu suatu malam Lailatul-qadr yang mana ia lebih baik dan lebih utama daripada seribu bulan. Seribu bulan itu kira-kira 83 tahun. Menurut ulama’ Lailatul-qadr itu jatuh pada salah satu malam sepuluh yang terakhir daripada bulan Ramadhan. Sayugia jangan disia-siakan malam-malam di bulan Ramadhan khasnya malam-malam pelikurannya dengan perkara-perkara yang tidak memberi faedah, bahkan hendaklah diisi dengan amal ibadat sebagai saham dan bekalan di dunia dan akhirat.
Maksudnya : " Sesungguhnya, kami telah menurunkannya (Al-Quran) pada lailatul qadr. Dan tahukah kamu apakah lailatul qadr itu? Lailatul Qadr itu adalah lebih baik dari seribu bulan " [Al-Qadr : 1-3]
3- Bulan yang padanya dibelenggu syaitan, dibuka pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka.
Nabi bersabda :
إذا جاء رمضان ؛ فتحت أبواب الجنة، وغلقت أبواب النيران، وصفدت الشياطين
Maksudnya : " Apabila tiba ramadhan; telah dibuka pintu-pintu syurga, telah ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu syaitan-syaitan " [HR Al-Bukhari : 3277, Muslim : 1079]
KELEBIHAN BERPUASA:
Sesungguhnya telah termaktub di dalam Al-Quran dan Sunnah tentang kelebihan berpuasa secara umumnya, antaranya :
Maksudnya : " Lelaki-lelaki dan perempuan yang berpuasa, lelaki dan perempuan yang menjaga kehormatannya, lelaki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan bagi mereka keampunan dan pahala yang besar " [Al-Ahzab : 35]
Maksudnya : " Dan berpuasa lebih baik bagimu jika kamu mengetahui " [Al-Baqarah : 184]
2. Puasa mengawal syahawat :
Nabi bersabda :
يا معشر الشباب ! من استطاع منكم الباءة فليتزوج ؛ فإنه أغض للبصر ، وأحصن للفرج ، ومن لم يستطع ؛ فعليه بالصوم ؛ فإنه له وجاء
Maksudnya : " Wahai pemuda-pemuda! Barang sesiapa antara kamu berkemampuan, maka berkahwinlah, kerana pernikahan itu menundukkan pandangan dan memelihara kehormatan, dan barang sesiapa yang tidak mampu, maka hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu adalah perisai (memutuskan syahawat) " [HR Al-Bukhari : 5065, Muslim : 1400]
3. Puasa menyelamatkan seseorang dari neraka :
Nabi bersabda :
[ما من عبد يصوم يوما في سبيل الله ، إلا باعد الله بذلك وجهه عن النار سبعين خريفا]
Maksudnya : " Tidaklah seorang hamba berpuasa sehari di jalan Allah, kecuali Allah akan menjauhkan dia (kerana puasanya) dari api neraka sejauh tujuh puluh tahun " [HR Al-Bukhari : 2840, Muslim : 1153]
Nabi bersabda :
[ الصيام جنةٌ يسْتَجَنُّ بها العبد من النار ]
Maksudnya : " Puasa adalah perisai, di mana seorang hamba itu berperisai dengannya dari api neraka "[HR Ahmad : 15299, Lihat Shahih Attarghib : 970]
4. Puasa menjanjikan syurga :
Dari Abi Umamah, beliau berkata :
يا رسول الله ! دلني على عمل أدخل به الجنة ، قال صلى الله عليه وسلم: عليك بالصوم ، لا مثل له
Maksudnya : Wahai Rasulullah! Tunjukkan kepadaku, amalan yang boleh membawaku kepada syurga, Nabi bersabda : " Ke atasmu puasa, tidak ada amalan yang sama dengannya " [HR Annasa'i : 2220, Lihat Shahih Sunan Annasa'i : 2097]
KELEBIHAN BERPUASA DI BULAN RAMADHAN:
1. Puasa di Ramadhan menjanjikan pengampunan dosa :
Nabi bersabda :
[ من صام رمضان إيمانا و احتسابا، غفر له ما تقدم من ذنبه ]
Maksudnya : " Barang sesiapa yang yang berpuasa ramadhan kerana didorong oleh iman dan mengharapkan keredhaan Allah, maka diampunkan baginya dosa-dosanya yang lalu " [HR Al-Bukhari : 38, Muslim : 175]
2. Puasa di Ramadhan menjanjikan syurga :
Nabi bersabda :
[ من آمن بالله وبرسوله وأقام الصلاة وصام رمضان كان حقا على الله أن يدخله الجنة ]
Maksudnya : " Barang siapa yang beriman dengan Allah dan Rasul-Nya, dan mendirikan solat, dan berpuasa di bulan ramadhan, maka telah layak baginya untuk dimasukkan oleh Allah ke dalam syuga " [HR Al-Bukhari : 2637].
Terjemahan Kitab: Syeikh Abdul Majid Aziz Az-Zindani
Pendahuluan
Sesungguhnya segala puji bagi Allah, kita memuja:Nya, kita meminta pertolongan-Nya, kita meminta keampunan-Nya. Kita berlindung dengan Allah dari kejahatan-kejahatan diri kita serta keburukan-keburukan amalan kita. Sesiapa yang diberi hidayah oleh Allah maka tiada penyesatan untuknya dan sesiapa yang Dia sesatkan maka tiada petunjuk untuknya. Saya mengakui bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, Dia sahaja, tiada sekutu bagi-Nya. Dan saya mengaku bahawa Muhammad itu hamba-Nya dan utusan-Nya.
Firman Allah s.w.t maksudnya: {Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.} [Aali Imran : 102] Firman Allah s.w.t maksudnya: {Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.} [An-Nisa’ : 1]
Firman Allah s.w.t maksudnya: {Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah, dan katakanlah perkataan yang tepat - benar (dalam segala perkara), Supaya Ia memberi taufiq dengan menjayakan amal-amal kamu, dan mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah) sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya ia telah berjaya mencapai sebesar-besar kejayaan.} [Al-Ahzab : 70-71]
Adapun sesudah itu: Sesungguhnya sebenar-benar percakapan adalah Kitab Allah, dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad s.a.w, dan seburuk-buruk perkara adalah yang diada-adakan darinya, dan setiap yang diadakan itu adalah bidaah, dan setiap bidaah itu adalah kesesatan.
Wabadahu; Sememangnya puasa adalah ibadat yang dikhaskan Allah untuknya. Tidak disembah sekutu-sekutu, berhala-berhala dan patung-patung selain-Nya dengan ibadat puasa, kerana itu dijadikan padanya pahala berlipat-kali ganda sebagaimana berfirman Taala di dalam Hadith Qudsi:
[maksudnya]: {Dan kamu berpuasa lebih baik untuk kamu, jika kamu mengetahui} [Al-Baqarah : 184].
Kesihatan tubuh sebagai balasan dan kebaikan segera; itulah yang dibincangkan oleh sumber-sumber perubatan, dan yang terpenting di antaranya adalah buku (Mukjizat Puasa) oleh Doktor Abdul Jawwad As-Sowi.
Allah juga menjadikan pembebasan belenggu daripada api-api Neraka sebagai balasan yang mendatang untuk orang-orang berpuasa seperti mana yang datang di dalam hadith Abi Hurairah r.a beliau berkata: Telah bersabda Rasulullah s.aw MaksudNya: (Apabila awal malam bulan Ramadhan, akan diikat syaitan-syaitan dan penderhaka-penderhaka jin, ditutup pintu-pintu Neraka maka tidak terbuka darinya walau satu pintu pun, dibuka pintu Syurga maka tidak tertutup darinya walau satu pintu pun, dan akan menyeru [suara] penyeru; wahai yang menginginkan kebaikan maralah dan wahai yang menginginkan kejahatan berundurlah. Dan bagi Allah orang-orang yang dibebaskan daripada Neraka dan itu adalah setiap malam) [At-Tirmizi-682]
Allah telah memuliakan orang-orang Islam di dalam Ramadhan dengan rahmat-Nya dengan diikat penderhaka-penderhaka dari kalangan Syaitan. Oleh itu, turun ke atas orang-orang Islam kesejahteraan agama yang dapat disaksikan oleh sesiapa yang memerhati keadaan mereka di dalam bulan yang mulia ini. Dan Dia telah menjadikan di dalamnya satu malam, yang pengabdian kepada-Nya pada malam berkenaan lebih baik daripada pengabdian kepada-Nya selama seribu bulan. Di antara tanda-tanda malam tersebut adalah terbitnya Matahari pada paginya putih bersih tidak mempunyai sinaran, berlainan dengan terbitnya pada hari-hari lain.
Kami telah bentangkan di dalam buku kecil ini sebahagian daripada perkara yang kami nyatakan sebentar tadi, sebagaimana kami juga membentangkan sejumlah hukum-hukum puasa yang dilakukan oleh Kelab Fiqh Siswa dan Kelab Fiqh Siswi di bawah pengawasan pensyarah-pensyarah mereka.
Kami memohon [kepada] Allah agar menerima usaha ini dan memanfaatkan dengannya Islam dan orang-orang Islam, dan segala puji bagi Allah; Tuhan sekalian Alam.
Pengenalan Puasa Syar’ei Islam:
Ia adalah menahan daripada makan, minum dan bersetubuh dari terbit fajar sehingga terbenam matahari dengan niat.
Pengenalan Puasa Perubatan (Berlapar):
Iaitu: sekatan menyeluruh atau separa, untuk satu jangka masa yang lama atau sekejap, daripada mengambil makanan dan minuman serentak ataupun daripada makanan sahaja.
Telah berlaku percampuran dan kekeliruan di antara Puasa Syar’ei Islam dengan Berlapar; ia adalah antara yang menjadikan penerima Sains Moden terutama ahli perubatan, tidak dapat membezakan di antara kedua-duanya, dan mereka mengenakan kesilapan-kesilapan Berlapar terhadap Puasa Islam.
Doktor Abdul Jawwad As-Sowi berkata: Puasa perubatan adalah seseorang menahan di dalamnya daripada makan sahaja, tidak daripada air, untuk satu jangka masa yang lama mahupun sekejap, dan ideanya diasaskan di atas fakta kadar tenaga yang tersimpan di dalam tubuh bagi membekalkan manusia dengan kehidupan dan pergerakan untuk masa yang berkitar dari sebulan hingga tiga bulan.
Faedah-faedah Berlapar (Puasa Perubatan)
Sesungguhnya telah dicatatkan kesan-kesan berfaedah bagi Berlapar (puasa perubatan) yang berlaku terhadap tugas-tugas utama tubuh. Ahli-ahli perubatan mendapat manfaat daripadanya, dan mereka mendirikan demi kerananya klinik- klinik kesihatan yang merawat ketidakstabilan tubuh serta sebahagian penyakit-penyakitnya yang kronik dengan berpuasa.
Pengarang buku The Hygienic System Vol III; Fasting and Sun Bathing; Herbert M. Shelton telah menyatakan sebahagian daripadanya, yang boleh diringkaskan di dalam noktah-noktah berikut.
1 – Meluangkan kerehatan tugas (fisiologi) kepada semua anggota-anggota tubuh.
2 – Membuang toksik-toksik dan lebihan-lebihan keluar tubuh.
3 – Pembaharuan sel-sel tisu.
4 – Merawat penyakit-penyakit.
5 – Pembaikan anggota-anggota deria dan perasaan.
Kelebihan Puasa Syar’ei Islam Ke Atas Berlapar (Puasa Perubatan):
1- Berlaku keseimbangan dua pusingan; pembinaan dan pemusnahan pada sel-sel tubuh manusia sewaktu Puasa Islam, dan itu adalah dengan pengambilan makanan pada waktu malam dan menahan daripadanya sewaktu siang hari. Akan ditambah ke dalam himpunan asid-asid amino [tubuh], kadar besar daripada asid ini yang datang bersama-sama makanan; ia adalah antara perkara yang membantu pembaharuan segera sel dan kandungan-kandungannya, mencukupkan kadarnya yang mesti bagi penghasilan glukosa darah di siang hari, dan melebihkan asid amino segar di dalam darah.
2- Akan dicergaskan proses-proses penting hati di dalam Puasa Islam, lalu ia akan menjalankan pembuatan protein dan bahan-bahan fosforus lemak, bagi pembentukan protein lemak berketepuan tinggi (HDLs) yang menjalankan pemindahan lemak-lemak ke hati, ia berlawanan dengan Berlapar yang menghentikan proses penting ini.
3- Tubuh akan dibersihkan daripada lemak dengan cara semula jadi yang selamat di dalam Puasa Islam. Oleh itu, ia tidak akan membawa kepada pelemakkan hati (fatty liver), kerana tidak terkumpul kadar yang besar daripadanya sebagaimana ketika Berlapar.
Puasa dan Taqwa :
Berfirman Allah S.W.T Yang Bermaksud: {Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.} [Al-Baqarah : 183].
Kita telah lihat pada apa yang telah lalu, bagaimana orang ramai mendekati perkara-perkara ketaatan dalam Ramadhan dan menjauhi banyak dari perkara-perkara maksiat; dan itu adalah daripada Taqwa yang merupakan antara hasil berpuasa di dalam Bulan yang mulia ini.
Seperti mana otot-otot tubuh akan bertambah kuat dengan melakukan senaman, sesungguhnya kemahuan kebaikan di dalam diri manusia juga akan bertambah kuat mengatasi tarikan-tarikan kejahatan di dalamnya dengan dilatih untuk mengawal syahwat dan keinginannya; yang antara paling besar di antaranya adalah, keinginan fitrah kepada makanan di waktu lapar dan minuman di waktu dahaga, dan [dilatih untuk] menahan daripada bersetubuh ketika kuat keinginan kepadanya.
Justeru itu, apabila menjadi kuat kemahuan di dalam diri manusia dan ia dilatih untuk taat kepada Allah, sesungguhnya itu akan membawa kepada daya kemampuan taqwa di dalam diri manusia. Setiap orang yang berpuasa boleh makan dan minum tanpa dilihat oleh sesiapa, tetapi dia dengan berpuasa, dididik untuk muraqabah Allah sepanjang sebulan penuh, maka akan menjadi kuat muraqabah orang yang berpuasa terhadap Tuhannya, lalu dia akan bertambah kepada Allah dari segi taqwa. Dan setiap kali mana datang Ramadhan, ia akan mengingatkan orang yang berpuasa berkenaan telah habis setahun daripada umurnya dan semakin hampir dia dengan ajalnya, lalu akan bertambah kemampuan ketaqwaan di dalam dirinya.
Seseorang yang berpuasa bimbang puasanya akan dilukakan oleh pandangan yang haram atau kata-kata buruk yang terdiri daripada mengumpat atau mengadu-domba atau pengakuan bohong, maka anda akan melihat dia menjauhi banyak dari perkara-perkara mungkar.
Syarat-syarat Sah Puasa:
Pertama: Islam, maka tidak sah puasa dari seorang kafir kerana dia tidak layak untuk ibadat selama mana dia kekal pada kekufurannya.
Kedua dan Ketiga: Terhentinya darah haid dan nifas, [Sabda nabi saw yang maksudnya]: (Bukankah apabila dia [yakni seseorang wanita] haid, dia tidak solat dan tidak berpuasa?) (riwayat abu daud). Jika dia berpuasa, ia tidak sah daripadanya.
Keempat: Tamyiz, maka wajib ke atas penjaga kepada seseorang yang mumaiyiz yang mampu berpuasa, memerintahkannya berpuasa serta memukulnya kerana puasa bagi membiasakannya berpuasa, kerana diqiaskan kepada Solat, adapun yang tidak mumaiyiz, maka tidak wajib ke atasnya.
Kelima: Akal, maka tidak sah puasa daripada sesiapa yang tidak mempunyai akal yang dia fahami dengannya ibadat serta diniatkan. Dan ibadat tidak sah melainkan dengan niat bahawa puasa adalah menahan berserta niat.
Keenam: Niat sejak malam untuk setiap hari kerana hadis Hafsah, bahawa Nabi s.a.w telah bersabda:
Maksudnya:(Sesiapa yang tidak menghimpunkan puasa sebelum fajar, maka tiada puasa untuknya)(Riwayat Abu Daud-2454).
Oleh itu, sesiapa yang terlintas pada hatinya di waktu malam bahawa dia berpuasa esok hari, maka dia telah berniat, kerana niat tempatnya adalah di hati, begitu juga makan dan minum dengan niat pada waktu sahur atau pada mana-mana bahagian malam yang menduduki kedudukan niat.
Sebagaimana niat adalah wajib di dalam puasa Ramadhan, ia juga adalah wajib pada setiap puasa wajib seperti qada, kafarah dan nazar. Sementara puasa sukarela pula, sah padanya niat selepas terbitnya fajar; kerana telah sabit bahawa Nabi s.a.w telah masuk ke [rumah] sebahagian isteri Baginda, lalu Baginda berkata: (Adakah terdapat makanan? Jika mereka berkata: "Tiada", maka Baginda akan berkata: Jika begitu, aku berpuasa) (Shahih Muslim-170, Tarmizi-733, Abu Daud-2455).
Apa Yang Diharamkan Puasanya:
1) Diharamkan berpuasa pada Dua Hari Raya: Kerana apa yang sabit dari hadith Abi Said, bahawa Rasulullah s.a.w telah melarang dari berpuasa pada dua hari; Hari Fitrah dan Hari Nahr (Al-Bukhari-1197,Sahih Muslim-140).
2) Diharamkan berpuasa hari-hari Tasyriq: Kerana apa yang datang daripada Saad bin Abi Waqqas, beliau berkata: Telah memerintahkan daku Nabi s.a.w, supaya aku menyeru pada hari-hari Mina (iaitu hari-hari Tasyriq), bahawa ia adalah hari-hari makan dan minum, serta tiada puasa di dalamnya (Muslim-153).
3) Diharamkan mempercepatkan Ramadhan sehari atau dua hari dengan berpuasa: Kerana apa yang sabit dari hadith Abi Hurairah, bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda:
[maksudnya]: (Janganlah seseorang di kalangan kamu mempercepatkan Ramadhan dengan berpuasa sehari atau dua hari, melainkan dia adalah seorang lelaki yang sedang berpuasa satu [bentuk] puasa, maka hendaklah dia berpuasa [pada]nya) (Al-Bukahri-1914,Muslim-21).
1. Barang siapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan keimanan dan mengharapkan pengampunan daripada Allah SWT maka akan diampunkan baginya segala dosa-dosa terdahulu.
2. Dan ingatlah bagi mereka yang berbuka pada siang hari di bulan Ramadhan tanpa uzur, sesungguhnya ia adalah dosa yang paling besar.
3. Memperbanyakkan sembahyang tarawih dan tahajud di malam Ramadhan terutamanya pada malam Lailatulqadar. 4. Setiap doa dan amalan yang akan diterima oleh Allah taala bersumberkan konsep yang halal sama ada pada makanan, minuman, dan pakaian.
5. Peliharalah sembahyang fardhu pada waktunya dengan berjemaah di masjid.
6. Membanyakkan sedekah, sesungguhnya sedekah paling afdhal ialah bersedekah di bulan Ramadhan.
7. Ingatlah waktu yang dimanfaatkan dengan amalan yang baik, maka kamu akan bertanggungjawab ke atasnya, maka diberi pahala pada amalan yang baik dan diberi balasan pada amalan yang buruk.
8. Bersedia untuk berpuasa dengan bersahur di akhir malam dan sebagaimana sunnah dilewatkan selama mana tidak dibimbangkan terbitnya fajar.
9. Menyegerakan berbuka apabila telah pasti terbenamnya matahari.
10. Mengambil peluang di bulan yang penuh keberkatan ini dengan memperbanyakkan amalan yang baik seperti membaca Al-Quran, bertadabbur, berfikir dan mengingati tentang hari kiamat.
11. Peliharalah lidah kamu daripada bercakap bohong, mengumpat dan melaknat, sesungguhnya perbuatan itu boleh mengurangkan pahala puasa kamu.
12. Lahirkan puasa kamu dengan bertakwa kepada Allah SWT, bersyukur pada nikmat yang dikurniakan, sentiasa beristiqamah di dalam melakukan ibadat, ketaatan dan menunaikan semua perkara yang disuruh dan meninggalkan perkara yang dilarang.
13. Banyakkan berzikir, beristighfar, memohon kepada Allah taala agar ditempatkan di dalam syurga dan dijauhkan daripada seksaan api neraka.
14. Banyakkan berdoa untuk diri sendiri, kedua ibu bapa, keluarga, saudara-mara, ahli keluarga dan muslimin serta muslimat sama ada yang hidup atau pun yang telah tiada.
15. Bertaubatlah dengan taubat nasuha pada setiap waktu, hindarilah maksiat. Dan berazam tidak akan melakukan kesalahan yang lalu, sesungguhnya Allah SWT akan mengampunkan dosa bagi orang yang bertaubat.
16. Berterusan melakukan amalan yang baik dengan keimanan dan ketakwaan walaupun berlalunya Ramadhan sehingga roh dan jasad kembali kepada Allah taala.
17. Perbanyakan selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi SAW, ahli keluarganya, sahabat-sahabat dan orang-orang yang mengikutinya hingga hari pembalasan.
18. Berpuasalah 6 hari daripada bulan syawal, barang siapa yang berpuasa dibulan ramadhan dan diikuti pula puasa 6 hari daripada syawal seumpama berpuasa setahun.
Marilah kita menunaikan Ramadhan kali ini dengan penuh keazaman untuk menjaga sunnah-sunnah dan adab-adabnya, semoga Ramadhan kali ini dapat melipat gandakan amalan kita daripada bulan-bulan Ramadhan yang telah kita lalui sebelum ini. Sama-samalah kita memohon dari Allah SWT agar diterima setiap amalan yang kita lakukan ini. Amin Ya Rabbal A'lamin.
Dari Anas r.a. berkata bahawa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya.
1. Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya.
2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya.
3. Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.
4. Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.
5. Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung.
6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.
7. Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Qur'an maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri.
Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah S.A.W. telah bersabda : "Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga macam :
1. Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah) 2. Ilmu yang berguna dan diamalkan. 3. Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya.
Diantara sifat-sifat yang tercela ialah sifat mazmummah yang boleh menghilangkan kebahagiaan di hati seorang manusia, diantaranya :
1. Pemarah - paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.
2. Pendendam - tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.
3. Hasad dengki- amalannya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.
4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dan lain-lain dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri lebih baik dari yang biasa.
5. Tamak - orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut. Walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak. Lagipun org tamak selalu rugi. *** Ingat !!! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan dari Allah.
6. Tidak sabar - andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu perbanyakkanlah bersabar bila kita menghadapi dugaan.
7. Ego - ibu segala mazmummah ialah membuatkan seseorang paling tidak tenang. Merasakan dirinya lebih baik dari orang lain. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.
8. Riak - terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah mencela orang-orang yang melakukan sesuatu perkara kerana menunjuk-nunjuk.
9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah... Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.
Kesimpulan
Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dan lain-lainnya. tetapi ialah SIFAT MAZMUMMAH.
Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. Oleh itu sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain. Andai kita terleka dengan dunia buruklah padahnya. Sentiasalah kita muhasabah diri kita masing-masing semoga Allah menjauhkan diri kita dari Sifat-sifat tercela.
1. Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam di dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yg bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.
2.Orang-orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar setelah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemulian dari ALLAH juga.
3. Hai anakku, orang yg merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kpd ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.
4. Hai anakku, seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.
5. Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.
6. Dan selalulah berharap kepada ALLAH tentang sesuatu yg menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar-benar takut ( taqwa ), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.
7. Hai anakku, seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seseorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal- hal yang tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.
8. Hai anakku, engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih berat lagi daripada semua itu, adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat.
9. Hai anakku, janganlah engkau mengirimkan orang yang bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.
10. Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang berbahaya.
11. Hai anakku, bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah utk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.
12. Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada anjing sahaja.
13. Hai anakku, janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja kerana pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.
14. Makanlah makananmu bersama-sama dengan orang-orang yang taqwa dan bermusyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.
15. Hai anakku, bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yang mencari kayu api, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.
16. Hai anakku, bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura-pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu, maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati-hatilah.
17. Selalulah baik tutur kata dan halus budi bahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga.
18. Hai anakku, bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.
19. Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharapkan sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya' yang akan mendatangkan cela pada dirimu.
20. Hai anakku, janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan oleh dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.
21. Hai anakku, usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata-kata yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.
22. Hai anakku, janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia-siakan hartamu.
23. Barang siapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata yang mengandungi racun, dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan menyesal.
24. Hai anakku, bergaul rapatlah dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata-katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.
25. Hai anakku, ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.
Setiap manusia terutamanya pendakwah hendaklah mengambil berat, menjaga dan sentiasa memerhati terhadap hatinya juga sedar keadaan hatinya agar ia mengetahui kadar keras atau lembutnya, hidup atau matinya dan segar atau tidak bermayanya sesebuah hati tersebut.
Di antara dalil-dalil yang menunjukkan hidupnya sesebuah hati. Seseorang itu akan terkesan dengan zikrullah ( mengingati Allah ), membaca ayat-ayat suci al-Quran dan berbagai-bagai lagi jenis ibadah. Bertepatan dengan firmannya:
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah.”
Dan di antara dalilnya juga ialah seseorang itu takut kepada Allah s.w.t serta takut daripada melakukan apa yang di murkai oleh Allah s.w.t, dan sentiasa menjauhi daripada perkara yang telah diharamkan oleh Allah s.w.t serta meninggalkan segala maksiat.
“Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa, apabila mereka disentuh oleh sesuatu imbasan hasutan dari Syaitan, mereka ingat (kepada ajaran Allah) maka dengan itu mereka nampak (jalan yang benar).”
Di antaranya juga ialah seseorang itu terlepas daripada sifat hasad dengki, marah, dan berkata dusta.
Daripada Abdullah bin Amru telah berkata: Baginda s.a.w ditanya: “Wahai Rasulullah! siapakah sebaik-baik manusia”? Lalu Baginda menjawab: “Setiap orang mukmin yang hatinya makhmum dan berkata benar”. Para sahabat berkata: “ berkata benar itu kami memahami maksudnya tetapi apakah yang dimaksudkan dengan hati yang makhmum? Baginda menjawab: “Maksudnya ialah orang yang terpelihara dan suci dari sifat dengki, bebas daripada dosa, kezaliman dan hasad dengki pada dirinya”.
Dan di antara dalilnya juga ialah seseorang itu tenang pada semua keadaan dan luas jiwa serta lapang dada mereka, Rasulullah s.a.w bersabda dalam mentafsirkan firman Allah s.w.t:
“Jika demikian, adakah orang yang telah dilapangkan Allah dadanya untuk menerima Islam, lalu ia tetap berada dalam cahaya (hidayah petunjuk) dari Tuhannya”.
Iaitu kelapangan, kerana cahaya apabila dicampakkan ke dalam hati maka akan lapang dan luaslah hati tersebut.
“(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan "zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia”.
Maka dengan mengingati Allah s.w.t akan menghidupkan hati-hati kita. Dan selama mana hati tersebut sentiasa mengingati tuhannya dan sedar dengan keagunganNYA, maka hati itu sentiasa akan hidup. Adapun jika hati itu jauh dan lalai dari mengingati Allah s.w.t, maka di sana akan timbullah kesempitan, kesombongan dan hati tersebut akan mati.
Kita sebagai hamba Allah mestilah menjaga hati supaya sentiasa mengingati Allah dimana jua kita berada. Mudah-mudahan Allah memilih kita tergolong dikalangan hambanya yang sentiasa mengingatinya dengan melakukan perkara yang ma’ruf serta meninggalkan perkara yang ditegah oleh Allah. InsyaAllah kita tergolong didalam golongan ini.
REZEKI melimpah, halal dan berkat adalah dambaan atau keinginan setiap orang, apatah lagi disertakan dengan kedudukan yang mulia dan ilmu yang bermanfaat.
Namun untuk mencapai kenyataan itu bukanlah mudah. Ini kerana wang yang melimpah dan kedudukan yang tinggi bukanlah sesuatu yang dapat membawa serta menjamin keberkatan hidup yang sejati.
Ini membuktikan rezeki yang melimpah tidak menjamin kehidupan yang berkat. Rezeki yang melimpah juga tidak menjamin hidup yang harmoni, bahagia dan tenang. Allah berfirman: Sekiranya Allah melapangkan rezeki kepada hamba-hambanya tentulah mereka melampaui batas pada muka bumi tetapi Allah menurunkan apa yang dikehendakinya dengan ukuran tertentu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Melihat keadaan hamba-hamba- Nya. (asy-Syura: 27) Kita sering melihat orang yang diberi rezeki yang melimpah tetapi menggunakan kekayaan mereka bagi mengingkari Allah, membelanjakan pada jalan sesat dan digunakan bagi mencari tempat di neraka. Bukankah itu kebodohan yang nyata?
Sedangkan kita selalu diingatkan serta dinasihatkan oleh Allah supaya memakan rezeki yang baik dan jangan mengikut jejak syaitan. Sesungguhnya, syaitan adalah musuh yang nyata.
Rezeki yang halal dan berkat dapat membawa manusia menuju ketenteraman hati. Ia juga dapat membawa kemuliaan di sisi Allah. Insya-Allah, kita dapat mencapainya dengan mengerjakan solat duha.
Solat Duha adalah solat yang berkait rapat dengan rezeki sama ada dipermudahkan rezeki, rezeki yang diberkati, kemanfaatan rezeki dan pahala yang tinggi nilainya. Manakala di akhirat pula, Allah menyediakan pintu khusus baginya memasuki syurga.
Hal ini telah dijelaskan dalam banyak hadis Rasulullah SAW. Nabi pernah berwasiat kepada sahabat terdekatnya iaitu Abu Dzar al-Ghifari supaya melaksanakan solat Duha, solat Witir dan puasa tiga hari dalam setiap tengah bulan..
Kekasihku Muhammad berwasiat kepadaku supaya berpuasa tiga hari pada setiap bulan, mengerjakan solat duha dua rakaat dan solat witir sebelum tidur. (riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud daripada Abu Hurairah)
Pun begitu, kita perlu menyedari bahawa solat duha dilakukan bukan semata-mata mengharapkan rezeki, ia dapat mendekatkan diri kepada Allah.
Yang pasti, solat duha menambah amal soleh. Malah Allah turut akan mengampunkan dosa-dosa kita, seandainya ia dikerjakan secara istiqamah.
Lantaran itu, kekuatan spiritual yang terdapat dalam solat ini mempengaruhi kepentingan duniawi dan ukhrawi. Secara tidak langsung, ia memenuhi dua aspek iaitu kepentingan bagi kejayaan di dunia dan kebahagiaandi akhirat kelak.
Oleh itu, tidak hairanlah mengapa Nabi Muhammad SAW banyak menganjurkan amalan solat duha ini. Bertepatan dengan seruan itu, PTS Millennia Sdn. Bhd. telah mengambil inisiatif menerbitkan buku berjudul Magnet Rezeki dengan Solat Duha yang telah diterjemahkan daripada buku Menyingkap Mukjizat Shalat Dhuha karya Muhammad Mokhtar.
Buku ini memotivasikan kita agar tidak sahaja kaya wang tetapi pada masa sama membina kekayaan jiwa demi kebahagiaan di sana.
Ia juga membongkar rahsia memperoleh rezeki yang melimpah-ruah melalui wahana solat duha. Ia membuka perspektif baru mengenai rezeki dan kekayaan bagi seorang Muslim.
Disokong dengan bukti-bukti yang menjelaskan bahawa melalui solat duha yang istiqamah, sesiapa sahaja mampu memperoleh rezeki yang berganda dan diberkati.
SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN
KEKOSONGAN JAWATAN:
A. Ahli Syurga Dari Awal. B. Ahli Neraka Dari Awal. C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.
EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur. 2. Perlindungan di Padang Mahsyar. 3. Keselamatan Meniti Titian Sirat. 4. Syurga yang kekal abadi.
TARIKH TEMUDUGA :
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.
LOKASI TEMUDUGA : Di dalam kubur (alam barzakh).
KELAYAKAN :
Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham termasuk saham Internet. Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes mata belalang atau kad kredit. Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul. Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi. Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.
PANEL/PENEMUDUGA :
Mungkar dan Nakir.
ENAM SOALAN BOCOR :
1. Siapa Tuhan anda? 2. Apa Agama anda? 3. Siapa Nabi anda? 4. Apa Kitab anda? 5. Di mana Kiblat anda? 6. Siapa Saudara anda?
CARA MEMOHON :
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu.
Ia diberi nama Izrail.
TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI :
Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:
Sabda Rasulullah S.A.W:
'Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara (terompah kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan disebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekahjariah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya.' Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk.
Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan : di bahagianku tidak ada jalan masuk. Maka malaikat berkata kepadanya : Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu : Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu : Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang. Maka berkata malaikat : Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki -laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepada nya? Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah! Nabi Muhammad S.A.W dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala. Maka malaikat berkata kepada mayat itu : Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula diakhirat insya'Allah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu... Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya'.
Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat.
Istiqamah merupakan asas kejayaan seseorang manusia, Apakah itu Istiqamah? Ketahuilah, istiqamah adalah pendirian hati yang tetap teguh berpegang kepada Islam yang Allah kurniakan kepada manusia, Walau apa jua ujian sekalipun dihadapan mereka tetap teguh pada jalan yang benar. Pada setiap manusia adanya ujian dan gudaan dalam kehidupan harian. Allah s.w.t telah menyebut di dalam Al-Quran bahawa tidak kamu beriman kepadaNya kecuali kamu diuji dahulu.
Maksudnya: “Apakah manusia menyangka mereka dibiarkan sahaja mengatakan: “Kami telah beriman, sedangkan mereka belum diuji”. Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum daripada kamu, Maka sesungguhnya Allah mengetahui akan orang-orang yang benar dan orang-orang yang dusta (penipu)”. Allah s.w.t menguji manusia mengikut kemampuan masing. Oleh itu marilah kita sebagai hamba Allah menyerah diri sepenuhnya kepadaNya dengan mengikut kesemua suruhan yang telah termaktub didalam Al-Quran, serta meninggal dan menjahui laranganNya. Maka berbahagialah kita didunia dan akhirat apabila Al-Quran dan As-sunnah menjadi panduan hidup kita.
Godaan dunia menyebabkan kebanyakan manusia menjadi lemah imannya dan kadang-kadang tergadai kerananya. namun begitu selamatlah orang yang sentiasa istiqamah dijalan Islam. Insyaallah selamatlah orang-orang yang sentiasa Istiqamah hatinya yang tetap teguh berpegang kepada Islam dan ianya mestilah merangkumi hati , lisan dan perbuatan, itulah istiqamah yang menyeluruh.
قال الله تعالى: {فَاسْتَقِمْ كَمَا أُمِرْتَ وَمَن تَابَ مَعَكَ وَلاَ تَطْغَوْاْ إِنَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ} هود/113
Yang bermaksud: “Maka tetaplah kamu pada jalan yang benar, sebagaimana diperintahkan kepadamu dan (juga) orang yang telah taubat beserta kamu dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan”.
Seorang insan mestilah istiqamah bermula pada hati nya, kerana hati adalah pusat dan tempat yang mempengaruhi perbuatan seseorang. Hati yang teguh adalah hati yang terbina oleh dasar ketakwaan yang teguh kepada Allah. Tiada perasaan ragu atau sangsi dan mereka yang teguh keimanan yang bertapak dihati ini akan sentiasa mempertahankannya diwaktu senang atau susah.
Dari hati sikap istiqamah ini digambarkan oleh perbuatan. Kerja-kerja amal soleh yang berterusan adalah gambaran istiqamah yang sejati. Kerana itulah Rasulullah menganjurkan kita melakukan ibadah yang sedikit tetapi ianya istiqamah atau berterusan.
Lisan orang yang istiqamah menerbitkan bibit persaudaraan bukan perselisihan. Ucapannya menyatukan bukan memecah belahkan.Indahnya kehidupan masyarakatnya sekiranya individunya adalah yang sentiasa istiqamah. Insyaallah kita tergolong dengan golongan yang beristiqamah di dalam perjuangan untuk menegakkan Islam.
Otak kita manusia adalah perkara yang penting, merupakan asas pokok bagi manusia untuk meneruskan aktiviti-aktiviti yang lain. Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Kesemua aktiviti yang kita lakukan setiap hari, jam, minit, saat dan detik serta kefahaman dan ilmu yang kita peroleh merupakan satu natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.
Berzikir merupakan salah satu fungsi untuk mengakhtifkan fikiran otok kita. Dengan berzikir juga dapat menenangkan hati kita.
قال الله تعالى:ِ { أَلاَ بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ} الرعد/28
Firman yang bermaksud: “ Ketahuilah dengan mengingati Allah ( Berzikir) dapat menenangkan Hati”. Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan urat saraf diotak tersebut.
Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan. Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran. Oleh itu lazimilah kita untuk berzikir.
Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan (PET) yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar. Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.
Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.
Wahai saudara-saudara ku seIslam, sebelum saintis Barat menemui mukjizat ini, kita umat Islam sudah lama dipilih oleh Allah S.W.T mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang remeh kepentingan BERZIKIR dan mengabaikannya.
Alhamdulillah bersyukur kepada Allah s.w.t kerana mengurniakan kepada kita nikmat yang tidak dapat dibeli dengan dunia dan seisinya ialah nikmat Iman dan Islam. Alhamdulillah dengan kesibukan persiapan untuk exam dapat jugak saya mengupdate blog yang lama kesepian. Pada kesempatan sedikit masa yang ada ini saya ingin berkongsi ilmu yang berjudul (Antara mencari Ilmu dan Harta). Banyak sekali di dalam Al-Quran dan Hadis Nabi s.a.w menerangkan tentang kelebihan yang Allah s.w.t kurniakan kepada orang-orang yang berilmu.
قال الله تعالى: {يَرْفَعْ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنْكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ} المجادلة/11
Yang Bermaksud: “Allah meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang berilmu pengetahuan beberapa derajat” Ayat diatas menjelaskan kepada kita bahawa orang yang mempunyai ilmu diangkatkan beberapa darajat, dan banyak lagi ayat-ayat yang menerang tentang kelebihan orang berilmu, Ketahuilah bahawa ilmu memberi impak yang besar kepada seseorang. Apabila dibaca kepada mereka ayat-ayat Allah bertanbah Iman mereka dan apabila disebut nama Allah gementar hati-hati meraka.
قال الله تعالى: {إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ اللَّهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَإِذَا تُلِيَتْ عَلَيْهِمْ آياتُهُ زَادَتْهُمْ إِيمَانًَا}الأنفال/2
Yang Bermaksud: “ Sesungguhnya orang-orang yang beriman apabila disebut nama-nama Allah gementarlah hati-hati mereka dan apa bila dibaca ayat-ayat allah bertambahlah iman mereka”
Menurut Syaidina Ali bila ditanya perbezaan Ilmu dengan Harta, antaranya katanya ilmu berperanan sekali dalam menjaga kita, sedangkan harta dan kedudukan kita yang harus menjaganya. Tepat sekali kata-kata bijak ini, lebih-lebih lagi ketika merenung perbezaan usaha mencari harta atau kedudukan dan mencari ilmu. Seseorang akan terasa sekali kegagalannya bilamana gagal meraih kedudukan dan harta, namun tidak demikian dalam hal mencari ilmu. Kerana Ilmu itu menberi manfaat kepada orang yang memilikinya.
Sehingga seseorang sanggup menumpukan waktu bepuluh tahun untuk mendapatkan ilmu, namun kalau dalam hal mencari harta dan kedudukan dalam tempoh tertentu mungkin telah timbul rasa jemu. Akhirnya dia merasakan lebih baik menjadi penganggur sahaja.
Mencari ilmu yang baik dan bermanfaat tidak mengenal makna kegagalan. Sebab, ilmu yang dicari dengan sungguh-sungguh pasti akan diperolehi, meskipun tarafnya berbeza-beza, tergantung kepada kemampuan individu yang menguasainya. Kalaupun gagal mendapatkan dalam jumlah banyak , pasti akan mendapatkannya dalam jumlah yang sedikit, baik ilmunya mahupun proses mencarinya. Bahkan ilmu biasanya diperolehi setelah beberapa kali menemui kegagalan. Setiap kegagalan pasti adanya kejayaan..
Lain halnya kalau gagal dalam memperoleh kedudukan dan harta. Ada perasaan kecewa yang menusuk hati dan menekan perasaan dan fikiran. Apalagi kalau mengingat besarnya jumlah modal yang telah dihabiskan dalam mencapai matlamat peribadi itu.
Rasulullah SAW sendiri mengutamakan manusia untuk sentiasa mencari ilmu, meskipun mencari harta itu penting bagi kehidupan. Dan Allah mempermudahkan kepada pencari Ilmu jalan ke syurga.
Yang bermaksud: “ Sesipa yang mencari satu jalan untuk mencari Ilmu, Allah akan mempermudahkan baginya jalan ke syurga”
Ilmu yang kita ada apabila disebar dan diajar kepada orang lain , ilmu itu akan bertambah banyak dan kuat, serta memperolehi pahala yang terus-menerus dan darjat yang tinggi. Ilmu akan merubahkan kehidupan masyarakat yang kurang baik kepada lebih baik.
Sebaliknya harta kalau diberikan kepada orang lain ianya akan semakin berkurang dan sampai masa akan habis jua. Dalam hal mencari ilmu, Rasulullah juga pernah berpesan, “Jika kalian melalui taman-taman surga, nikmatilah. Para sahabat bertanya, “Apa itu taman surga?” Rasul menjawab, “Majlis-majlis ilmu.”
Moga-moga Allah menjadikan kita diantara golangan yang mencari Ilmunya, yang Beramal dengan ilmu serta menyebarkan kepada masyarakat. Insyaallah.
Name: Ibnu Abdullah Home: Sana'a, Yaman, Kuala Berang, Terengganu,, Malaysia About Me: Firman ALLAH S.W.T Bermaksud: {Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa, apabila mereka disentuh oleh sesuatu imbasan hasutan dari Syaitan, mereka ingat (kepada ajaran Allah) maka dengan itu mereka nampak (jalan yang benar)}.Surah (الأعراف/201) See my complete profile