Photobucket
| HOME | QURAN | TAFSIR | SOFT WARE | MY PICTURES | FORUM | VIDEO ONLINE | DOWNLOAD | SILAT HARIMAU |
"Kamu adalah Sebaik-baik Umat, yang di lahirkan bagi Manusia, supaya kamu menyuruh Perkara yang Baik dan mencegah perkara yang Mungkar serta Beriman kepada Allah" (Al Imran - 110)
|| Ahlan Wasahlan ||
Photobucket
|| Tok Guru Kite ||
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
|| Mutiara Hadis ||
|| Rangkaian Web ||
Persatuan

University


Berita Online


Yamany Bloggers


Mesir Bloggers


Malaysia Bloggers


Tatapan Blogger


Sensasi


Others Web


|| Previous Post ||
|| Archives ||
|| Live Traffik ||
|| Subscribe ||
|| Powered by ||

BLOGGER

Kelebihan Mencari ILMU Agama
Tuesday 30 June 2009
Antara Mencari Harta Dan ILMU:

Alhamdulillah bersyukur kepada Allah s.w.t kerana mengurniakan kepada kita nikmat yang tidak dapat dibeli dengan dunia dan seisinya ialah nikmat Iman dan Islam. Alhamdulillah dengan kesibukan persiapan untuk exam dapat jugak saya mengupdate blog yang lama kesepian. Pada kesempatan sedikit masa yang ada ini saya ingin berkongsi ilmu yang berjudul (Antara mencari Ilmu dan Harta). Banyak sekali di dalam Al-Quran dan Hadis Nabi s.a.w menerangkan tentang kelebihan yang Allah s.w.t kurniakan kepada orang-orang yang berilmu.

قال الله تعالى:
{يَرْفَعْ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنْكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ} المجادلة/11
Yang Bermaksud: “Allah meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang berilmu pengetahuan beberapa derajat”

Ayat diatas menjelaskan kepada kita bahawa orang yang mempunyai ilmu diangkatkan beberapa darajat, dan banyak lagi ayat-ayat yang menerang tentang kelebihan orang berilmu, Ketahuilah bahawa ilmu memberi impak yang besar kepada seseorang. Apabila dibaca kepada mereka ayat-ayat Allah bertanbah Iman mereka dan apabila disebut nama Allah gementar hati-hati meraka.

قال الله تعالى: {إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ اللَّهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَإِذَا تُلِيَتْ عَلَيْهِمْ آياتُهُ زَادَتْهُمْ إِيمَانًَا} الأنفال/2

Yang Bermaksud: “ Sesungguhnya orang-orang yang beriman apabila disebut nama-nama Allah gementarlah hati-hati mereka dan apa bila dibaca ayat-ayat allah bertambahlah iman mereka”

Menurut Syaidina Ali bila ditanya perbezaan Ilmu dengan Harta, antaranya katanya ilmu berperanan sekali dalam menjaga kita, sedangkan harta dan kedudukan kita yang harus menjaganya. Tepat sekali kata-kata bijak ini, lebih-lebih lagi ketika merenung perbezaan usaha mencari harta atau kedudukan dan mencari ilmu. Seseorang akan terasa sekali kegagalannya bilamana gagal meraih kedudukan dan harta, namun tidak demikian dalam hal mencari ilmu. Kerana Ilmu itu menberi manfaat kepada orang yang memilikinya.

Sehingga seseorang sanggup menumpukan waktu bepuluh tahun untuk mendapatkan ilmu, namun kalau dalam hal mencari harta dan kedudukan dalam tempoh tertentu mungkin telah timbul rasa jemu. Akhirnya dia merasakan lebih baik menjadi penganggur sahaja.

Mencari ilmu yang baik dan bermanfaat tidak mengenal makna kegagalan. Sebab, ilmu yang dicari dengan sungguh-sungguh pasti akan diperolehi, meskipun tarafnya berbeza-beza, tergantung kepada kemampuan individu yang menguasainya. Kalaupun gagal mendapatkan dalam jumlah banyak , pasti akan mendapatkannya dalam jumlah yang sedikit, baik ilmunya mahupun proses mencarinya. Bahkan ilmu biasanya diperolehi setelah beberapa kali menemui kegagalan. Setiap kegagalan pasti adanya kejayaan..

Lain halnya kalau gagal dalam memperoleh kedudukan dan harta. Ada perasaan kecewa yang menusuk hati dan menekan perasaan dan fikiran. Apalagi kalau mengingat besarnya jumlah modal yang telah dihabiskan dalam mencapai matlamat peribadi itu.

Rasulullah SAW sendiri mengutamakan manusia untuk sentiasa mencari ilmu, meskipun mencari harta itu penting bagi kehidupan. Dan Allah mempermudahkan kepada pencari Ilmu jalan ke syurga.

قال النبي صلى الله عليه وآله وسلم:

{مَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَبْتَغِي فِيهِ عِلْمًا سَلَكَ اللَّهُ بِهِ طَرِيقًا إِلَى الْجَنَّةِ} (سنن ترميزي - 2606)

Yang bermaksud: “ Sesipa yang mencari satu jalan untuk mencari Ilmu, Allah akan mempermudahkan baginya jalan ke syurga”

Ilmu yang kita ada apabila disebar dan diajar kepada orang lain , ilmu itu akan bertambah banyak dan kuat, serta memperolehi pahala yang terus-menerus dan darjat yang tinggi. Ilmu akan merubahkan kehidupan masyarakat yang kurang baik kepada lebih baik.

Sebaliknya harta kalau diberikan kepada orang lain ianya akan semakin berkurang dan sampai masa akan habis jua. Dalam hal mencari ilmu, Rasulullah juga pernah berpesan, “Jika kalian melalui taman-taman surga, nikmatilah. Para sahabat bertanya, “Apa itu taman surga?” Rasul menjawab, “Majlis-majlis ilmu.”

Moga-moga Allah menjadikan kita diantara golangan yang mencari Ilmunya, yang Beramal dengan ilmu serta menyebarkan kepada masyarakat. Insyaallah.


BACA SETERUSNYA...
posted by Ibnu Abdullah @ 23:22   0 comments
Kecintaan Kepada Rasulullah
Cinta Kasih Kepada Rasulullah

Setiap manusia mempunyai sifat kasih sayang pada dirinya, keluarganya dan sahabat yang terdekat. Sifat kasih sayang ini adalah pengurnaan Allah yang amat besar nilainya kepada kita. Sifat kasihkan seseorang yang Allah anugerahkan ini sangat penting dalam kontaks kasihkan sesama manusia dan kasihkan Rasulullah s.a.w. sebagaimana sabda baginda yang bermaksud:
"Dari Anas ra. dari Nabi saw., beliau bersabda: "Tidak beriman salah seorang diantaramu sehingga ia mencintai saudaranya seperti ia mencintai dirinya sendiri"."(HR: Bukhari)

Hadis ini menyuruh kita kasihkan Rasulullah hendaklah terlebih kasih dari mengasihi diri kita sendiri. Kerana kasihkan diri sendiri keluarga terdekat dan manusia lain mungkin sahaja menyelamatkan kita setakat di dunia sahaja. Tetapi kasihkan Rasulullah s.a.w menyebabkan kita selamat dunia dan akhirat.

"Dari Abu Hurairah ra. bahwasanya Rasulullah saw. bersabda: "Demi Dzat yang jiwaku di tangan-Nya (kekuasan-Nya), salah seorang di antara kamu tidaklah beriman sehingga saya lebih dicintai olehnya daripada orang tua dan anaknya". "(HR: Bukhari)

"Dari Anas katanya: "Nabi saw. bersabda: "Salah seorang di antaramu tidaklah beriman sehingga saya lebih dicintai olehnya daripada orang tuanya, anaknya dan semua manusia."(HR: Bukhari)

Bagaimanakah cara untuk kasih kepada Rasullullah s.a.w?

Adakah dengan cara kita sambut maulidurrasul (hari kelahiran baginda) membuktikan kita kasih kepada rasullullah? Atau dengan lisan sahaja?

Wahai sahabatku yang dikasihi sesungguhnya nabi kita Muhammad s.a.w tidak bimbang kepada ummatnya yang tidak sambut hari kelahirannya. Tetapi baginda bimbang akan ummatnya diakhir zaman yang tidak berpegang dan mengikut perintah Allah dan Rasulnya.

Cara yang betul yang menandakan kita kasih dan saying Rasullullah s.a.w dengan kita mengikut segala perintahnya dan meninggalkan segala larangan serta berpegang teguh dengan ajaran islam.


BACA SETERUSNYA...
posted by Ibnu Abdullah @ 23:17   0 comments
10 Wasiat As-Syahid Al-Banna:

SEPULUH WASIAT AS-SYAHID IMAM HASSAN AL-BANNA:

إقراء... وتدبر... واعمل

Bacalah, Renunglah dan Amalkanlah

Pertama:
"Apabila saudara mendengar azan bangunlah serta-merta menunaikan solat, walau bagaimana keadaan sekalipun."

Kedua:
"Bacalah al-Quran atau tatapilah buku-buku atau pergilah mendengar perkara-perkara yang baik ataupun amalkanlah zikrullah dan jangan sama sekali saudara meanggunakan masa walau sedikit pun dengan hal-hal yang tidak berfaedah."

Ketiga:
"Berusahalah seberapa daya upaya untuk bertutur dalam Bahasa Arab yang betul. Kerana ianya merupakan salah satu daripada syiar islam."

Keempat:
"Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kecuali dalam hal yang penting. Kerana pertengkaran kosong tidak akan memberikan apa-apa faedah."

Kelima:
"Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berkomunikasi dengan Allah (zikir) sentiasa tenang dan tenteram."

Keenam:
"Janganlah banyak bergurau kerana umat yang berjuang tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam semua perkara."

Ketujuh:
"Jangan bercakap lebih nyaring daripada kadar yang diperlukan oleh pendengar kerana ianya sia-sia malah menyakiti hati orang lain."

Kelapan:
"Jauhilah daripada membicarakan dan mengumpat peribadi (keaiban) orang dan mengecam pertubuhan-pertubuhan dan jauhilah berkata-kata melainkan yang memberikan kebaikan."

Kesembilan:
"Berkenal-kenallah dengan saudara muslim yang saudara bertemu dengannya sekalipun ia tidak meminta untuk berkenalan. Kerana asas gerakan dakwah kita adalah berkenalan dan berkasih-sayang."

Kesepuluh:
"Kewajipan kita adalah lebih banyak daripada waktu yang kita ada, oleh itu bantulah saudaramu tentang cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah pelaksanaannya."

Kita sebagai pendokong perjuangan islam sepatutnya ada pada diri kita apa yang iman hassan al-banna pesan kepada ikhwan ketika itu. Wasiat beliau bukan untuk ikhwan pada masa itu sahaja, bahkan menjadi satu nasihat yang patut dipegang oleh pejuang islam sepanjang zaman.

Marilah sama-sama kita renungkan…

Adakah semua 10 nasihat beliau ada pada diri kita?

Jika ada, alhamdulillah… insyallah perjuangan islam sikit masa lagi akan mencapai hasilnya.

Jika tiada, marilah sama-sama kita berusaha setakat kemampuan kita menjadi pejuang yang betul-betul ikhlas dan tulin dalam perjuangan serta merialisasikan dalam diri kita apa yang as-syahid iman hassan al-banna pesan kepada pejuang-pejuang islam pada ketika beliau masih hidup dahulu.

Insyaallah semua pesanan as-syahid iman hassan al-banna akan ada pada diri kita. Amin…

INSYAALLAH HURAIAN SATU PERSATU PESANAN AS-SYAHID IMAN HASSAN AL-BANNA AKAN MENYUSULI PADA WAKTU MENDATANG…

BACA SETERUSNYA...
posted by Ibnu Abdullah @ 21:06   0 comments
Mencari Keredhaan Ilahi
Monday 29 June 2009

MEMIKUL TANGGUNGJAWAB DALAM MENCARI KEREDHAAN ALLAH...

Allah menciptakan kematian dan kehidupan untuk menguji manusia siapakah di kalangan mereka orang yang paling baik amalannya.

Orang yang berakal sentiasa memikirkan apakah amalan yang paling diredhai Allah jika dia melakukannya akan mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah dengan menggunakan peluang yang ada dalam kehidupan yang begitu singkat ini. Oleh demikian itu, kita akan dapat melihat dalam kehidupan ini, manusia berlumba-lumba untuk melakukan kebaikan.


Contoh terbaik adalah para nabi dan rasul. Mereka sanggup menanggung segala keperitan dalam dakwah untuk memastikan manusia akan selamat di dunia dan akhirat. Nabi Muhammad SAW dalam kehidupan dakwah baginda, banyak melalui saat getir ini pada permulaan dakwah dan setelah berlalu 23 tahun, hasilnya dapat dilihat dengan wujudnya satu masyarakat yang unggul dan gemilang pada zamannya.

Tugas ini disambung oleh para sahabat dan generasi-generasi yang datang selepas mereka sehinggalah Islam sampai kepada kita hari ini. Tanpa usaha dakwah mereka dan kita mungkin tidak berpeluang untuk mengenali agama Islam yang merupakan satu-satunya agama yang diredhai oleh Allah SWT.

Ada segolongan manusia yang menerima dakwah dan sebahagian besar menolak. Tugas pendakwah hanyalah menyampaikan dakwah dengan berhikmah dan hujah yang nyata. Penerimaan manusia adalah tertakluk kepada hidayah Allah SWT.

Oleh kerana ramai yang menolak dakwah ini dengan kekerasan, maka para pendakwah terpaksa menggunakan kekerasan untuk menghadapi halangan bagi membolehkan dakwah Islam sampai kepada manusia.

Sehingga sampai satu tahap, mereka terpaksa mengorbankan diri sendiri demi menyampaikan Islam yang akan menyelamatkan manusia di dunia dan akhirat. Orang Islam diajar supaya menyayangi orang lain sebagaimana mereka menyayangi diri sendiri. Ia adalah kesempurnaan iman sebagaimana disabdakan oleh Nabi Muhammad SAW.

Inilah ajaran Islam. Pendakwah sanggup menanggung tugas dakwah ini demi kesejahteraan manusia. Marilah sama-sama kita sampaikan dakwah Islam kepada manusia supaya kita tergolong dalam golongan yang diredhai Allah. Ya Allah! Berikanlah kekuatan kepada kami untuk istiqamah dalam tugas ini. Amiiin.


BACA SETERUSNYA...
posted by Ibnu Abdullah @ 12:17   0 comments
Muqaddimah Kitab Iman


بسم الله الرحمن الرحيم
إن الحمد لله نحمده ونستعينه ونستغفره ونعوذ بالله من شرور أنفسنا وسيئات أعمالنا . من يهده الله فلا مضل له ومن يضلل فلا هادي له وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريكله وأشهد أن محمدا عبده ورسوله وبعد

Alhamdulilah segala puji-pujian kepada Allah SWT kerana dengan limpah kurnia Rahmat Nya dapat lagi kita menikmati kurniaan NikmatNya yang sangat berharga dari Dunia dan Seisinya ialah Nikmat Iman dan Islam… dan Pada peluang pada kali ini insyaallah saya akan keluarkan artikal dalam blog ini sedikit Ilmuan Tentang Keimanan… Pada petama kalinya saya akan huraikan Muaddimah dahulu yang menjadi rujukan kepada saya ialah Kitabul Iman, yang dikarang oleh Syeikh Abd Majid Azzindani seorang Ulama yaman yang tersohor Alim dengan Ilmu I’jazul Ilmi…

Bismillahirrahmanirrahim…

Hendaklah diketahui oleh kita semua perkara yang pertama wajib kita ketahui ialah mengenal Allah SWT melalui jalan pengetahuan dengan Al-Quran dan As-Sunnah. Sebagaiman Firman Allah swt didalam Al-Quran:

قال الله تعالى : (فَاعْلَمْ أَنَّهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ) محمد-19
Yang Bermaksud: ( Maka hendaklah kamu mengetahui bahawa tiada tuhan melainkan Allah SWT )


Dan hendaklah kita mengenal Utusan Allah (yakni Rasulnya), Benarnya Utusan Allah itu, Melalui dengan jalan Ilmu yang diwarisi dengan Yakin, sepertimana firman Allah SWT:


قال الله تعالى : {أَفَمَنْ يَعْلَمُ أَنَّمَا أُنزِلَ إِلَيْكَ مِنْ رَبِّكَ الْحَقُّ كَمَنْ هُوَ أَعْمَى إِنَّمَا يَتَذَكَّرُ أُوْلُوا الأَلْبَابِ}
الرعد/19
Yang Bermaksud: ( Adakah orang yang mengetahui bahwasanya apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu itu benar sama dengan orang yang buta? hanyalah orang-orang yang berakal saja yang dapat mengambil pelajaran )

Hendaklah mengetahui hikmah kita diciptakan di dunia ini, dan mengetahui tempat pulang kita, hanya kepada Allah kita susuli, dan juga hendaklah kita mengetahui agama Islam dengan sempurna yang Allah suruh kita ikutinya.

Dan adalah semulia-mulia ilmu pengetahuan ialah ilmu Iman yang berhubung kait dengan mengenal Allah SWT, Rasulnya, dan Agamanya (Islam), Sesungguhnya kepentingan amal itu dinisbahkan bersama faedah yang mencapai manusia daripadanya, seperti dinisbahkan bahaya yang ditolak oleh manusia dari dirinya dengan pengetahuan ini, Hendaklah kita ketahui Ilmu Iman menjamin kepada manusia dengan kebahagian dan kejayaan yang besar didunia dan akhirat.

Sesungguhnya Allah SWT telah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman di dunia dengan janji yangbanyak, diantaranya:

1 - Memberi kemenangan kepada golongan Islam menghadapi musuh-musuh Islam.

قال الله تعالى: { وَكَانَ حَقًّا عَلَيْنَا نَصْرُ الْمُؤْمِنِينَ } الروم/47
Yang Bermaksud: (dan kami selalu berkewajiban menolong orang-orang yang beriman )

2 - Allah menjaga (pendinding) orang beriman terhadap orang-orang kafir.

قال الله تعالى: {إِنَّ اللَّهَ يُدَافِعُ عَنْ الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّ اللَّهَ لاَ يُحِبُّ كُلَّ خَوَّانٍ كَفُورٍ} الحج/38
Yang Bermaksud: ( Sesungguhnya Allah membela orang-orang yang Telah beriman. Sesungguhnya Allah tidak menyukai tiap-tiap orang yang berkhianat lagi mengingkari nikmat)

3 - Allah pengawai kepada orang-orang yang beriman.

قال الله تعالى :{اللَّهُ وَلِيُّ الَّذِينَ آمَنُوا} البقرة/257
Yang Bermaksud: ( Allah pelindung orang-orang yang beriman )

4 - Allah SWT memberi hidayah kepada orang-orang yang Beriman.

قال الله تعالى: {وَإِنَّ اللَّهَ لَهَادِ الَّذِينَ آمَنُوا إِلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ} الحج/54
Yang Bermaksud: (Sesungguhnya Allah adalah pemberi petunjuk bagi orang-orang yang beriman kepada jalan yang lurus)

5 - Tidak memberi kemenangan kepada orang kafir memerangi orang-orang yang beriman.

قال الله تعالى : {وَلَنْ يَجْعَلَ اللَّهُ لِلْكَافِرِينَ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ سَبِيلاً} النساء/141
Yang Bermaksud: ( Allah sekali-kali tidak akan memberi jalan kepada orang-orang kafir untuk memusnahkan orang-orang yang beriman )

6 - Memberi kedudukan dan pemerintahan kepada orang yang beriaman di muka bumi ini.

قال الله تعالى : {وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنْكُمْ وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَيَسْتَخْلِفَنَّهُم فِي الأَرْضِ كَمَا اسْتَخْلَفَ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمْ دِينَهُمُ الَّذِي ارْتَضَى لَهُمْ وَلَيُبَدِّلَنَّهُمْ مِنْ بَعْدِ خَوْفِهِمْ أَمْنًا يَعْبُدُونَنِي لاَ يُشْرِكُونَ بِي شَيْئًا وَمَنْ كَفَرَ بَعْدَ ذَلِكَ فَأُوْلَئِكَ هُمْ الْفَاسِقُونَ} النور/55
Yang Bermaksud: ( Dan Allah Telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang saleh bahwa dia sungguh- sungguh akan menjadikan mereka berkuasa dimuka bumi, sebagaimana dia Telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang Telah diridhai-Nya untuk mereka, dan dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka dalam ketakutan menjadi aman sentausa. mereka tetap menyembahku-Ku dengan tiada mempersekutukan sesuatu apapun dengan Aku. dan barangsiapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu, Maka mereka Itulah orang-orang yang fasik )

7 - Rezki yang baik.

قال الله تعالى : {وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَى آمَنُوا وَاتَّقَوْا لَفَتَحْنَا عَلَيْهِمْ بَرَكَاتٍ مِنْ السَّمَاءِ وَالأَرْضِ وَلَكِنْ كَذَّبُوا فَأَخَذْنَاهُمْ بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ} الأعراف/96
Yang Bermaksud: ( Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, Pastilah kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat kami) itu, Maka kami siksa mereka disebabkan perbuatannya )

8 - Kemuliaan.

قال الله تعالى : { وَلِلَّهِ الْعِزَّةُ وَلِرَسُولِهِ وَلِلْمُؤْمِنِينَ } المنافقون/8
Yang Bermaksud: ( kekuatan itu hanyalah bagi Allah )

9 – kehidupan yang baik dan tenang.

فال الله تعالى : {مَنْ عَمِلَ صَالِحًا مِنْ ذَكَرٍ أَوْ أُنثَى وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَلَنُحْيِيَنَّهُ حَيَاةً طَيِّبَةً} النحل/97
Yang Bermaksud: ( Barangsiapa yang mengerjakan amal saleh, baik laki-laki maupun perempuan dalam keadaan beriman, Maka Sesungguhnya akan kami berikan kepadanya kehidupan yang baik )

Ini adalah sebahagian kejayaan yang Allah SWT berikan kepada orang yang Beriman didunia. Dan kejayaan ini Allah SWT telah berikan kepada orang-orang yang Beriman dengan sebenarnya sebelum kami.

Adapun kehidupan di Dar Akhirat, maka kita akan dihitungkan apa yang telah kita laku kan didunia. Dan orang yang beriman akan dimasukkan kedalam syurga yang telah dijanjikan oleh Allah SWT.

قال الله تعالى : {إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ كَانَتْ لَهُمْ جَنَّاتُ الْفِرْدَوْسِ نُزُلاً} {خَالِدِينَ فِيهَا لاَ يَبْغُونَ عَنْهَا حِوَلاً} (الكهف/107-108
Yang Bermaksud: ( Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal saleh, bagi mereka adalah surga Firdaus menjadi tempat tinggal. Mereka kekal di dalamnya, mereka tidak ingin berpindah dari padanya ) (107,108)

Dan barangsiapa ambik tahu Hal Ehwal orang-orang Islam satu hari, dia dapati apa yang telah dijanjikan oleh Allah SWT kepada oang-orang beriman didunia ini tidak benar benar berlaku kepada mereka dari apa yang mereka lihat, bahawa sesungguhnya adalah Iman mereka itu lemah, atau sesungguhnya mereka telah hilang sifat-sifat keimanan yang banyak. Maka telah hilanglah kehidupan mereka didunia sebagaimana yang telah dijanjikan oleh Allah kepada orang yang beriman dari: Pertolongan, Pengawai, Menjaga, Memberi Hidayah, Beri Pemerintahan, Beri Kedudukan, tidak memberi kemenangan tehadap orang kafir, Rizki yang baik, Kemuliaan, dan Kehidupan yang Baik.

Dan barangsiapa berterusan kehidupannya yang lalai ( lemah imannya ) Maka mereka ini akan rugi, tidak dapat apa yang telah Allah janjikan kepada orang yang beriman di akhirat sebagaiman mereka rugi didunia, bahkan seakan-akan kerugian diri mereka didalam neraka. Waiyazubillah.

Tidak dapat tidak hendak kita memperkuatkan, memperkukuhkan dan memperbaharukan Iman kita, dengan syarat-syarat berikut:

1- Dengan menyebarkan Ilmu kepada orang-orang islam.
2- Mempraktik ( beramal ) dengan hukum hakam Agama Islam.

Dan adalah kepada orang yang alim tentang agama mereka hendaklah bersungguh-sungguh dan serta merta bangun untuk melaksakan kewajipan dakwah ini. Ulama’ ini hendahlah mereka mengetahui dan melihat bagaimana serangan musuh-musuh islam terhadap Islam, seperti serangan gerakan yahudi, nasrani, kristian dan gerakan-gerakan kebatilan yang lain lagi.

Ini adalah kitab Iman yang menjelaskan keimanan orang-orang Islam daripada silsilah (rangkaian) supaya mengetahui kewajipan keagamaan, kami memohon kepada Allah supaya menjadikannya Ikhlas kepada Allah SWT, dan memberi manfaat kepada orang-orang Islam.

Wallahu A’lam...
___________________________________________________________________

Bilik rujukan:
1- Kitab Iman Syeikh Abd Majid Azzindani.
2- Tafsir Al-Quran.

Insyaallah Bersambung.....



BACA SETERUSNYA...
posted by Ibnu Abdullah @ 11:49   0 comments
10 Wasiat Didalam Al-Quran

Tahukah kita 10 buah wasiat penting?

Kesemuanya ada dalam Al-Quran:

(“Katakanlah: "Marilah kubacakan apa yang diharamkan atas kamu oleh Tuhanmu yaitu: janganlah kamu mempersekutukan sesuatu dengan Dia, berbuat baiklah terhadap kedua orang ibu bapa, dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu Karena takut kemiskinan, kami akan memberi rezki kepadamu dan kepada mereka, dan janganlah kamu mendekati perbuatan-perbuatan yang keji, baik yang nampak di antaranya maupun yang tersembunyi, dan janganlah kamu membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) melainkan dengan sesuatu (sebab) yang benar [1] ". demikian itu yang diperintahkan kepadamu supaya kamu memahami(nya).”) (surah al-an’am : 151)

(“Dan janganlah kamu dekati harta anak yatim, kecuali dengan cara yang lebih bermanfaat, hingga sampai ia dewasa. dan sempurnakanlah takaran dan timbangan dengan adil. kami tidak memikulkan beban kepada seseorang melainkan sekedar kesanggupannya. dan apabila kamu berkata, Maka hendaklah kamu berlaku adil, kendatipun ia adalah kerabat(mu) [2] , dan penuhilah janji Allah[3] . yang demikian itu diperintahkan Allah kepadamu agar kamu ingat.”) (surah al-an’am : 152)

(“Dan bahwa (yang kami perintahkan ini) adalah jalanKu yang lurus, Maka ikutilah Dia, dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain) [4] , Karena jalan-jalan itu mencerai beraikan kamu dari jalannya. yang demikian itu diperintahkan Allah agar kamu bertakwa.”)
(surah al-an’am :153)

__________________________________________________________________

[1] maksudnya yang dibenarkan oleh syara' seperti qishash membunuh orang murtad, rajam dan sebagainya.
[2] maksudnya mengatakan yang Sebenarnya meskipun merugikan kerabat sendiri.
[3] maksudnya penuhilah segala perintah-perintah-Nya.
[4] Shalat wusthaa ialah shalat yang di tengah-tengah dan yang paling utama. ada yang berpendapat, bahwa yang dimaksud dengan Shalat wusthaa ialah shalat Ashar. menurut kebanyakan ahli hadits, ayat Ini menekankan agar semua shalat itu dikerjakan dengan sebaik-baiknya.
__________________________________________________________________

Kesimpulan yang dapat saya huraikan dari ayat diatas ialah:

1- Janganlah kita mempersekutui Allah dengan sesuatu.

2- Berbuat baik kepada orang tua.

3- Jangan kita bunuh anak kita kerana takut jatuh miskin, kerana Allah telah janjikan hendak bagi rezki kepada kita.

4- Janganlah kita mendekati perkara yang keji, yang merosakkan diri dan aqidah kita.

5- Jangan kita membunuh diri yang diharamkan oleh Allah.

6- Jangan kita dekati harta anak yatim dengan mengkhianatinya, hendaklah kita jaga dengan baik dan serah kepadanya apabila dia sudah dewasa.

7- Apabila kita menjual hendak dengan adil timbangan barang yang dijual itu.

8- Apabila kita berbicara hendaklah bercakap adil dan benar.

9- Hendaklah kita mematuhi segala perintah yang Allah suruh, serta tinggalkan apa yang dilarang, Mudah-mudahan kita tergolong dikalangan orang yang sentiasa beringat.

10- Allah memerintah kita supaya mengikuti jalan yang lurus yakni (islam), dengan kita berpegang teguh dengannya dan jalan mengikuti jalan yang lain (yahudu, nasrani), kerana jalan itu mencerai beraikan kita dari jalan yang sebenar (Islam), Itulah perintah Allah supaya kita semua jadi orang yang bertaqwa… Insyaallah…



BACA SETERUSNYA...
posted by Ibnu Abdullah @ 11:39   1 comments
Ardul Jannatain

Bala Yang ALLAH Timpa kpd Penduduk Yaman, dgn Di Bakar Kebun Mereka Menjadi Hitam... Ikutilah Kisahnya yg Berikut...

Pada kali ini saya ingin datangkan suatu kisah yang mana penduduk disebuah kampung yang berada di sana’a, yang mempunyai sebuah ladang, sekarang dipangil tempat itu Ardul Jannatain, dimana pada zaman ayahnya, setiap hasil dari keuntungan kutipannya dibahagian kepada fakir miskin, tatkala selepas kematian ayahnya, ladang tersebut diwarisi oleh anaknya, dan anaknya bersumpah bahawa pada kali ini kami tidak akan membahagi sedikitpun hasil kami kepada fakir miskin, kami akan mengutip hasil-hasil tanaman kami diwaktu pagi, semasa zaman anaknya inilah Allah telah menimpa bala kepadanya, dengan dibakar ladang tersebut sehingga menjadi arang-arang yang hitam seperti malam yang gelap gelita, peristiwa ini berlaku dalam tempoh selepas diangkatnya nabi Isa AS kelangit dan sebelum kebangkitan nabi junjungan mulia Muhammad SAW. Peristiwa ini Allah telah kisahkan didalam Al-Quran seperti berikut:


Firman Allah SWT didalam Surah Al-Qalam dari ayat 17-33 yang bermaksud:

(“Sesungguhnya kami telah menguji mereka ( musyrikin mekah ) sebagaimanakami telah menguji pemilik-pemilik kebun, ketika mereka bersumpah bahawa mereka sungguh-sungguh akan memetik ( hasilnya ) di pagi hari ”). (al-qalam, 68 : 17)

(“Dan mereka tidak menyebut : ( Insya Allah), – Dan tidak sedikitpun dari hasil kebun mereka yg tersebut untuk fakir miskin ”). (al-qalam, 68 : 18)

(“Maka kebun itu didatangi serta diliputi oleh bala bencana dari Tuhannya ( pada malam hari ), sedang mereka sedang tidur ”). (al-qalam, 68 : 19)

(“Lalu menjadilah ia sebagai kebun yang telah binasa semua buahnya, - Maka terbakarlah kebun itu dan tinggallah arang-arangnya yang hitam seperti malam ”).
(al-qalam, 68 : 20)

(“Kemudian pada pagi, mereka panggil memanggil antara satu dengan yang lain ”).

(al-qalam, 68 : 21)

(“(Setengahnya berkata): “ pergilah pada pagi-pagi kekebun kamu, kalau betul kamu mahu memetik buahnya ”). (al-qalam, 68 : 22)

(“Lalu berjalanlah mereka sambil berbisik-bisik ”). (al-qalam, 68 : 23)

(“Pada hari ini janganlah adanya seseorang miskin pun kekebunmu ”). (al-qalam, 68 : 24)

(“Dan pergilah mereka pada pagi-pagi itu, dengan kepercayaan (bahawa) mereka berkuasa menghampakan fakir miskin dari hasil kebun itu, (padahal mereka mampu menolongnya) ”).
(al-qalam, 68 : 25)

(“Sebaik-baik sahaja mereka melihat kebunnya, mereka berkata: ‘Sebenarnya kita sesat jalan’, (Ini bukanlah kebun kita) ”). (al-qalam, 68 : 26)

(“Setelah mereka perhati dengan betul, (mereka berkata): ‘(Tidak! Kita tidak sesat)’
bahkan kita oaring-orang yang dihampakan (dari hasil kebun kita, dengan sebab ingatan buruk kita sendiri ”). (al-qalam, 68 : 27)

(“Berkatalah orang yang bersikap adil diantara mereka: ‘Bukankah aku telah katakana kepada kamu (semasa kamu hendak menghampakan orang-orang fakir miskin daripada habuannya): Amatlah elok kiranya kamu mengingati Allah (serta membatalkan rancangan kamu yang jahat itu ”)?. (al-qalam, 68 : 28)

(“Mereka berkata (dengan sesalnya): ‘Maha Suci Tuhan kami! Sesungguhnya kami adalah orang-orang yang berlaku zalim! ”). (al-qalam, 68 : 29)

(“Kemudian mereka berharap-harap satu sama lain, sambil cela mencela ”).
(al-qalam, 68 : 30)

(“Mereka berkata: ‘Aduhai celakanya kita! Sesungguhnya kita adalah orang-orang yang melampaui batas! ”). (al-qalam, 68 : 31)

(“Semoga Tuhan kita, (dengan sebab kita bertaubat) mengantikan bagi kita yang
lebih baik daripada (kebun yang telah binasa) itu ; sesungguhnya kita, kepada tuhan kita sahajalah kita berharap! ”). (al-qalam, 68 : 32)

(“Demikianlah azab seksa (yang telah ditimpakan kepada golongan yang ingkar didunia), dan sesungguhnya azab hari akhirat lebih besar lagi; kalaulah mereka orang-orang yang berpengetahuan (tentulah mereka beringat) ”). (al-qalam, 68 : 33)

Kisah ini yang telah diterangkan oleh Allah SWT dalam Al-Quran merupakan suatu pengajaran bagi kita umat Nabi Muhammad SAW, dimana Al-Quran merupakan mu’jizat kepada kita semua, Al-Quran merangkumi pelbagai aspek, jika kita berpegang dan beramal dengan A-Quran dan As-Sunnah kita tidak akan sesat selama-lamanya sebagaiman Sabda Nabi SAW yang bermaksud:
(“Aku tinggal kepada kamu Dua perkara, kamu tidak akan sesat selama-lamanya jika kamu berpegang dengan kedua-duanya iaitu: Kitabullah (Al-quran) dan Sunnatur Rasul (Hadis) ”). (Riwayat Iman Bukhari dan Muslim)

Peristiwa ini yang diceritakan dan dirakamkan oleh Allah di dalam Al-Quran berlaku di Sana’a, Yaman. Berlakunya peristiwa ini dalam tempoh jarak mangsa selepas diangkat nabi Isa AS kelangit sebelum kebangkitan Nabi Muhammad SAW. Berkata setengah pendapat Ulama’ Salap (orang alim yang terdahulu): Mereka ini adalah penduduk yaman. Berkata Said bin jabir: Mereka adalah daripada orang kampung, jaraknya tempat ini dengan sana’a 18000 hasta. Setengah pendapat ulama’ yang lain berkata: Adalah mereka itu dari kalangan penduduk habsah, yang mana mereka tinggal diyaman. Dan ayah mereka telah telah meninggalkan kepada mereka sebidang kebun (ladang), mereka adalah dari Ahli Kitab, Pada masa ayahnya hasil dari kutipan ladang tersebut sebahagiannya dibahagikan kepada fakir miskin.

Tatkala selepas kematian ayah mereka, yang mewarisi ladang tersebut anaknya. Mereka (anak-anaknya) telah berkata: Sesungguhnya ayah kami adalah orang bodoh kerana ia memberi kepada orang-orang miskin dari hasil ladang ini. Maka mereka berazam dan bersumpah untuk tidak akan memberi hasil dari ladang tersebut kepada fakir miskin, dan memetik hasil tersebut pada waktu pagi, pada masa itulah mereka telah lupa bahawa semua itu pengurniaan rizki dari Allah.

Maka Allah telah hapuskan semuanya apa yang ditangan mereka. Jadilah kebun mereka itu terbakar dan tinggallah arang-arangnya seperti malam. Demikianlah hukuman Allah didunia seperti mana kita semua dengar dan tahu. Sesungguhnya azab Allah diakhirat amat dahsyat dan pedih. Marilah kita sama-sama menganbil pengajaran dari kisah ini, hendaklah setiap gerak kerja kita berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah supaya ianya diredai Allah, Mudah-mudahan kita tidak tergolong dari kalangan mereka yang dimurkai Allah, Sentiasalah kita muhasabah diri kita yang lemah lagi dhaif ini, adakah amalan-amalan yang telah kita lakukan selama ini diredai Allah @ tidak? Jika diredai Allah Alhamdulillah. Jika tidak, Ayuh marilah kita merubah diri kita ini kepada yang terbaik. Moga Allah Rahmati dan Berkati hidup kita di dunia dan akhirat. Insyaallah…

Kesimpulan dari kisah diatas tadi:

1).Hendaklah kita sentiasa bersyukur dengan kurniaan ni’mat yang Allah telah kurniaakan kepada kita.

2).Kita mesti mengeluarkan zakat harta yang wajib setiap tahun apabila sudah cukup nisab dan haul, zakat dibulan Ramadan dan juga perbanyakkan amalan sedekah jariyyah bagi membantu golongan fakir miskin.

3).Jangan sekali-kali kita mengherdik, mencerca dan mencela fakir miskin, Jika kita mampu tolong, kita tolong mereka, jika tidak mampu beredar @ beritahu dengan cara yang baik, dan berdoa kepadanya moga Allah kurniakan rezki kepada mereka.

4).Jadikanlah diri kita ini menjadi orang yang Bertaqwa dan Beriman kepada Allah dan Rasul dengan sungguh-sungguh.

5).Sentiasa muhasabah, meneliti dan menghisab diri kita, Supaya semua tingkah laku amalan kita diredai dan diberkati Allah SWT di dunia akhirat.


Bilik Rujukan:
1-Tafsir Hadaiqul Ruh Wal Raihan - Jilid: 30. - M/s: 92-99.
2-Tafsir Ibnu Kasir - Jilid: 8. - M/s: 171-173.
3-Tafsir Thabari - Jilid: 29,30 - M/s: 36-45.
4-Tafsir terjemahan Pimpinan Ar-Rahman - M/s: 1276-1278.
5-Kamus Al Muhit


BACA SETERUSNYA...
posted by Ibnu Abdullah @ 11:21   0 comments
Kenapa Kita Diciptakan?
Apakah Peranan dan Tugas Yg ALLAH Tetapkan Kepada Manusia?

Wahai sahabat-sahabat sekalian sesungguhnya sedar ataupun tidak bahwa setiap denyut jantung kita adalah Amat bernilai, Oleh itu marilah kita sama-sama sentiasa memperbaiki amalan kita, supaya ianya diredai oleh Allah, Moga Allah Memberkati hidup kita didunia dan akhirat. Masa juga merupakan yang bernilai untuk kita. Oleh itu hendaklah kita mengunakannya dengan sebaik-baiknya. Didalam Al-Quran Allah ada bersumpah dengan Masa, dengan menerangkan kepada kita bahawa Masa amat penting.

Firman Allah SWT yang bermaksud:
(“Demi masa sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, melainkan orang-orang yang beriman,yang mengerjakan amal soleh, dan yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran.”) (al-Asr, 103 : 1-3).

Ayat ini merupakan prinsip yang penting bagi manusia yang benar-benar ingin nelaksanakan peranannya sebagai hamba allah, mengapa mereka dicipta dan diletakkan diatas muka bumi Allah. Allah telah menetapkan 3 tugas besar bagi manusia dalam kehidupan dialam dunia ini, dan perkara-perkara ini akan dihisab dan dibicarakan dihadapan Allah, sebagaimana firman Allah yang bermaksud:
(“Adakah kamu mengira bahawa kami ciptakan kamu begitu (sahaja tanpa tujuan)? Dan dalam keadaan kamu tidak dikembalikan semula kepada kami (untuk dihisab dan dibicarakan”)?
(al-mukminun, 23 : 115).


Tugas yang Allah telah tetapkan kepada manusia seperti berikut:

1) Ibadah, telah dinyatakan oleh firman Allah yang bermaksud:
(“dan tidaklah aku ciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdikan diri kepada Ku.”) (al-zariyat, 51 : 56)

Ibadah itu merangkumi kepada semua perkara syiar ibadah dan kepatuhan kepada semua urusan kehidupan di dunia dalam semua aspek.

2) Khilafah, Allah telah menyatakan didalam Al-Quran yang bermaksud:
(“ Dan ingatlah apabila Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: “ Sesungguhnya Aku hendak menciptakan di atas muka bumi itu makhluk (manusia) yang menjadi khalifah”).
(al-baqarah, 2 : 30).

Yang dimaksudkan dengan Khilafah disini ialah: kewajipan supaya menegakkan agama Islam dan mentadbir urusan dunia dengan agama.

3) Amanah, Dinyatakan oleh firman Allah yang bermaksud:
(“ Sesungguhnya kami telah membentangkan amanah kepada langit,bumi,bukit bukau dan gunung ganang (supaya mereka memikulnya) tiba-tiba mereka enggan dan merasa takut akan tetapi manusia sanggup memikulnya, sesungguhnya manusia itu sangat zalim lagi amat jahil”)
(al-ahzab, 33 : 72)

Amanah yang paling besar bagi manusia ialah mengendalikan urusan kehidupan didunia dengan menunaikan segala perintah Allah.

Manusia yang dapat menunaikan ketiga-tiga peranan itu ialah mereka yang dipandu oleh petunjuk Allah yang terkandung didalm surahal-asr yang menjadi wirid menamatkan majlis di kalangan Assalafus Soleh (generasi awal yang soleh).

Perkara-perkara penting yang disebut dalam surah tadi ialah:

1)Iman.

2)Amal soleh.
3)Berpesan dan nasihat supaya menegakkan yang benar daripada Allah.
4)Berpesan dan nasihat supaya bersabar dalam perjuangan dan menghadapi cabaran kerana menegakkan yang benar dengan berjihat, amar ma’ruf dan nahi mungkar.
5)Melaksanakan perkara-perkara tersebut diatas secara berjama’ah kerama disebut dengan lafaz jama’ah.

Oleh kerana itu kita hendaklah bersama-sama dengan golongan yang ingin melaksanakan perkara tersebut. Menjadi kewajipan kepada setiap orang islam bersama dengan golongan parti yang ingin menegak islam dan melaksanakan amar ma’ruf nahi mungkar serta memerintah sesebuah negara dengan Islam sebagaimana yang diajar oleh Nabi kita Muhammad S.A.W.

Allah SWT telah mengatur cirri-ciri Hizbullah (Parti yang menegakkan agama Allah) dengan janji kemenangan dunia dan akhirat, Firman Allah SWT yang bermaksud:
(“Wahai orang-orang beriman! Sesiapa yang menyeleweng dikalangan kamu daripada agamanya, maka Allah melahirkan satu golongan yang Allah mengasihi mereka dan mereka mengasihi Allah, mereka merendah diri terhadap orang-orang beriman dan menunjuk-nunjukkan kekuatan menghadapi orang-orang yang menentang, mereka berjihat pada jalan allah dan tidak takut menghadapi orang yang mencela, yang demikian itu kurnia Allah kepada sesiapa yang Ia (Allah) kehendaki, dan allah itu maha luas kurnianya lagi Maha Mengetahui”) (al-maidah, 5 :54)

Kesimpulannya disini ialah mewujudkan satu golongan atau kumpulan di kalangan orang-orang yang beriman yang bersifat dengan perkara yang tersebut, cirri-ciri dan sifatnya dilahirkan melalui tarbiyyah.


Tarbiyyah itu ialah menanamkan ilmu yang menghasilkan iman dan aqidah yang membuahkan amal dan jihad dengan sifat-sifat individu yang menjadi anggota kepada golongan yang berdasarkan aqidah dan sifat-sifat yang tersebut.

Al-Quran telah menyebut bahawa peningkatan iman itu berlaku dengan beberapa cara:

Firman Allah Yang bermaksud:
(“ Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu ialah yang apabila disebut Allah, rasa takutlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka akan ayat-ayatNya nescaya iman mereka bertambah dan mereka bertawakkal kepada Tuhan mereka.Mereka mendirikan sembahyang dan membelanjakan daripada apa yang kami rezeki kepada mereka. Mereka itulah orang-orang beriman yang sebenar, untuk mereka beberapa darjat di sisi Tuhan mereka, serta keampunan dan rezeki yang mulia”) (al-anfal, 8 : 2-4).

Ayat ini menyatakan bahawa peningkatan iman itu berlaku dengan ilmu berkenaan ayat-ayat Allah yang dibaca dan ilmu melihat alam, zikrillah dan mengerjakan amalan yang wajib dan sunat.

Allah SWT menegaskan amal soleh menjadi ciri terpenting kepada golongan Islam di sepanjang masa, sama ada dalam perjalanan perjuangan sehingga mencapai kemenangan. Firman Allah yang bermaksud:
(“Sesungguhnya Wali (pemimpin dan penolong) kamu ialah Allah, rasulNya dan orang-orang yang beriman yang mendirikan solat, yang menunaikan zakat dan mereka ruku’ (patuh). Dan sesiapa yang berwalikan Allah,Rasulnya dan orang-orang beriman sehingga mewujudkan golongan ( Parti yang bersifat tersebut) maka sesungguhnya golongan (parti) itulah yang akan mendapat kemenangan”) (al-maidah, 5 : 55-56).

Dan Firman Allah lagi yang bermaksud:
(“Orang-orang yang kami berikan kepada mereka memerintah bumi, mereka mendirikan sembahyang, mereka menunaikan zakat, ,mereka menyuruh kepada yang baik dan mencegahkemungkaran, dan bagi Allah sahaja dikembalikansegala urusan”) (al-hajj, 22 : 41)

Ayat-ayat tersebut menegaskan ciri-ciri golongan Islam ialah baramal soleh dalam hubungan dengan Allah melalui roh dan jasad dengan mendirikan solat, amal melalui harta benda dengan menunaikan zakat terhadap masyarakat dalam hubungan dengan manusia, dan menunaikan kewajipan menyuruh kepada yang baik serta mencegah kemungkaran di semua peringkat, sehingga diperingkat berkuasa memerintah menegakkan kerajaan, seterusnya semua amalan itu dihisab dihadapan allah.

Amalam-amalan yang disebut didalam ayat-ayat itu merupakan rukun dan tongak yang diwajibkan. Perlu difahami bahawa amal yang soleh itu terlalu luas bidangnya sehingga mencakupi segala ruang hidup manusia yang diserlahkan dalam setiap denyut nadi dan jantung, dan sendi-sendi anggota seseorang sama ada dalam perkara mengerjakan atau meninggalkan mengikut perintah Allah yang wajib dipatuhi secara Islam (menyerah diri) dan Ibadah (memperhambakan diri) dengan hati yang Ikhlas kerana Allah yang lahir daripada iman (aqidah) yang benar.

Untuk Akhirnya marilah sama-sama kita memperbaiki diri kita dari yang kurang baik kepada yang baik. Daripada yang baik kepada yang terlebih baik... Semoga kita menjadi Hamba Allah yang betul-betul Beriman dan Bertaqwa kepadaNya. Untuk menjadi orang yang beriman dan bertaqwa yang sentiasa takut dan berharap kepada Allah hendaklah melalui dengan Mempelajari Ilmu agama. Insyaallah apa yang saya tulis ini sedikit sebanyak memberi manfaat kepada kita semua... Wassalam...


BACA SETERUSNYA...
posted by Ibnu Abdullah @ 11:13   0 comments
|| Asmaul Husna ||

Photobucket

|| About Me ||

Name: Ibnu Abdullah
Home: Sana'a, Yaman, Kuala Berang, Terengganu,, Malaysia
About Me: Firman ALLAH S.W.T Bermaksud: {Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa, apabila mereka disentuh oleh sesuatu imbasan hasutan dari Syaitan, mereka ingat (kepada ajaran Allah) maka dengan itu mereka nampak (jalan yang benar)}.Surah (الأعراف/201)
See my complete profile
|| Kata-kata Hikmah ||
|| Masa Kita ||
Waktu Yaman


Waktu Malaysia


|| Hari Ini ||
|| Berhibur ||



Gratisan Musik
|| Sembang Zulfz ||

Online

PENGUNJUNG YANG KE:

Web Site Tracking
Vysoke Tatry

|| Group Ulama' & Umara' ||


Pimpinan Pas Pusat

Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang

Al-Ust Nasharudin Mat Isa

Dato Husam Musa

Mohamad Sabu

Ust Ghani

Ust Ahmad Awang

Salahuddin Ayub

Tuan Hj Mahfuz Omar

Ust Idris Ahmad

Hanipa Maidin

Dato' Takiyuddin Hassan

Ust Nasrudin Tantawi

Ust Nik Abduh

YB Dr Lo' Lo'

Siti Zailah Naib Ketua DMPP

Athirah Al Jundi SU DMPP

Dr Halimah AJK DMPP



Adun PR Perak


Group Pakatan Rakyat


|| Tukaran Pulus ||
Currency Converter
|| Aina Anta ||
Bermula 6-Ogos-2010:
widgeo.net
© 2009 .::Zulfz::. Template by .::Zulfz Online::.