Cinta Kasih Kepada Rasulullah Setiap manusia mempunyai sifat kasih sayang pada dirinya, keluarganya dan sahabat yang terdekat. Sifat kasih sayang ini adalah pengurnaan Allah yang amat besar nilainya kepada kita. Sifat kasihkan seseorang yang Allah anugerahkan ini sangat penting dalam kontaks kasihkan sesama manusia dan kasihkan Rasulullah s.a.w. sebagaimana sabda baginda yang bermaksud: "Dari Anas ra. dari Nabi saw., beliau bersabda: "Tidak beriman salah seorang diantaramu sehingga ia mencintai saudaranya seperti ia mencintai dirinya sendiri"."(HR: Bukhari) Hadis ini menyuruh kita kasihkan Rasulullah hendaklah terlebih kasih dari mengasihi diri kita sendiri. Kerana kasihkan diri sendiri keluarga terdekat dan manusia lain mungkin sahaja menyelamatkan kita setakat di dunia sahaja. Tetapi kasihkan Rasulullah s.a.w menyebabkan kita selamat dunia dan akhirat.
"Dari Abu Hurairah ra. bahwasanya Rasulullah saw. bersabda: "Demi Dzat yang jiwaku di tangan-Nya (kekuasan-Nya), salah seorang di antara kamu tidaklah beriman sehingga saya lebih dicintai olehnya daripada orang tua dan anaknya". "(HR: Bukhari)
"Dari Anas katanya: "Nabi saw. bersabda: "Salah seorang di antaramu tidaklah beriman sehingga saya lebih dicintai olehnya daripada orang tuanya, anaknya dan semua manusia."(HR: Bukhari)
Bagaimanakah cara untuk kasih kepada Rasullullah s.a.w?
Adakah dengan cara kita sambut maulidurrasul (hari kelahiran baginda) membuktikan kita kasih kepada rasullullah? Atau dengan lisan sahaja?
Wahai sahabatku yang dikasihi sesungguhnya nabi kita Muhammad s.a.w tidak bimbang kepada ummatnya yang tidak sambut hari kelahirannya. Tetapi baginda bimbang akan ummatnya diakhir zaman yang tidak berpegang dan mengikut perintah Allah dan Rasulnya.
Cara yang betul yang menandakan kita kasih dan saying Rasullullah s.a.w dengan kita mengikut segala perintahnya dan meninggalkan segala larangan serta berpegang teguh dengan ajaran islam.
Name: Ibnu Abdullah Home: Sana'a, Yaman, Kuala Berang, Terengganu,, Malaysia About Me: Firman ALLAH S.W.T Bermaksud: {Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa, apabila mereka disentuh oleh sesuatu imbasan hasutan dari Syaitan, mereka ingat (kepada ajaran Allah) maka dengan itu mereka nampak (jalan yang benar)}.Surah (الأعراف/201) See my complete profile
Post a Comment