Photobucket
| HOME | QURAN | TAFSIR | SOFT WARE | MY PICTURES | FORUM | VIDEO ONLINE | DOWNLOAD | SILAT HARIMAU |
"Kamu adalah Sebaik-baik Umat, yang di lahirkan bagi Manusia, supaya kamu menyuruh Perkara yang Baik dan mencegah perkara yang Mungkar serta Beriman kepada Allah" (Al Imran - 110)
|| Ahlan Wasahlan ||
Photobucket
|| Tok Guru Kite ||
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
|| Mutiara Hadis ||
|| Rangkaian Web ||
Persatuan

University


Berita Online


Yamany Bloggers


Mesir Bloggers


Malaysia Bloggers


Tatapan Blogger


Sensasi


Others Web


|| Previous Post ||
|| Archives ||
|| Live Traffik ||
|| Subscribe ||
|| Powered by ||

BLOGGER

Ardul Jannatain
Monday 29 June 2009

Bala Yang ALLAH Timpa kpd Penduduk Yaman, dgn Di Bakar Kebun Mereka Menjadi Hitam... Ikutilah Kisahnya yg Berikut...

Pada kali ini saya ingin datangkan suatu kisah yang mana penduduk disebuah kampung yang berada di sana’a, yang mempunyai sebuah ladang, sekarang dipangil tempat itu Ardul Jannatain, dimana pada zaman ayahnya, setiap hasil dari keuntungan kutipannya dibahagian kepada fakir miskin, tatkala selepas kematian ayahnya, ladang tersebut diwarisi oleh anaknya, dan anaknya bersumpah bahawa pada kali ini kami tidak akan membahagi sedikitpun hasil kami kepada fakir miskin, kami akan mengutip hasil-hasil tanaman kami diwaktu pagi, semasa zaman anaknya inilah Allah telah menimpa bala kepadanya, dengan dibakar ladang tersebut sehingga menjadi arang-arang yang hitam seperti malam yang gelap gelita, peristiwa ini berlaku dalam tempoh selepas diangkatnya nabi Isa AS kelangit dan sebelum kebangkitan nabi junjungan mulia Muhammad SAW. Peristiwa ini Allah telah kisahkan didalam Al-Quran seperti berikut:


Firman Allah SWT didalam Surah Al-Qalam dari ayat 17-33 yang bermaksud:

(“Sesungguhnya kami telah menguji mereka ( musyrikin mekah ) sebagaimanakami telah menguji pemilik-pemilik kebun, ketika mereka bersumpah bahawa mereka sungguh-sungguh akan memetik ( hasilnya ) di pagi hari ”). (al-qalam, 68 : 17)

(“Dan mereka tidak menyebut : ( Insya Allah), – Dan tidak sedikitpun dari hasil kebun mereka yg tersebut untuk fakir miskin ”). (al-qalam, 68 : 18)

(“Maka kebun itu didatangi serta diliputi oleh bala bencana dari Tuhannya ( pada malam hari ), sedang mereka sedang tidur ”). (al-qalam, 68 : 19)

(“Lalu menjadilah ia sebagai kebun yang telah binasa semua buahnya, - Maka terbakarlah kebun itu dan tinggallah arang-arangnya yang hitam seperti malam ”).
(al-qalam, 68 : 20)

(“Kemudian pada pagi, mereka panggil memanggil antara satu dengan yang lain ”).

(al-qalam, 68 : 21)

(“(Setengahnya berkata): “ pergilah pada pagi-pagi kekebun kamu, kalau betul kamu mahu memetik buahnya ”). (al-qalam, 68 : 22)

(“Lalu berjalanlah mereka sambil berbisik-bisik ”). (al-qalam, 68 : 23)

(“Pada hari ini janganlah adanya seseorang miskin pun kekebunmu ”). (al-qalam, 68 : 24)

(“Dan pergilah mereka pada pagi-pagi itu, dengan kepercayaan (bahawa) mereka berkuasa menghampakan fakir miskin dari hasil kebun itu, (padahal mereka mampu menolongnya) ”).
(al-qalam, 68 : 25)

(“Sebaik-baik sahaja mereka melihat kebunnya, mereka berkata: ‘Sebenarnya kita sesat jalan’, (Ini bukanlah kebun kita) ”). (al-qalam, 68 : 26)

(“Setelah mereka perhati dengan betul, (mereka berkata): ‘(Tidak! Kita tidak sesat)’
bahkan kita oaring-orang yang dihampakan (dari hasil kebun kita, dengan sebab ingatan buruk kita sendiri ”). (al-qalam, 68 : 27)

(“Berkatalah orang yang bersikap adil diantara mereka: ‘Bukankah aku telah katakana kepada kamu (semasa kamu hendak menghampakan orang-orang fakir miskin daripada habuannya): Amatlah elok kiranya kamu mengingati Allah (serta membatalkan rancangan kamu yang jahat itu ”)?. (al-qalam, 68 : 28)

(“Mereka berkata (dengan sesalnya): ‘Maha Suci Tuhan kami! Sesungguhnya kami adalah orang-orang yang berlaku zalim! ”). (al-qalam, 68 : 29)

(“Kemudian mereka berharap-harap satu sama lain, sambil cela mencela ”).
(al-qalam, 68 : 30)

(“Mereka berkata: ‘Aduhai celakanya kita! Sesungguhnya kita adalah orang-orang yang melampaui batas! ”). (al-qalam, 68 : 31)

(“Semoga Tuhan kita, (dengan sebab kita bertaubat) mengantikan bagi kita yang
lebih baik daripada (kebun yang telah binasa) itu ; sesungguhnya kita, kepada tuhan kita sahajalah kita berharap! ”). (al-qalam, 68 : 32)

(“Demikianlah azab seksa (yang telah ditimpakan kepada golongan yang ingkar didunia), dan sesungguhnya azab hari akhirat lebih besar lagi; kalaulah mereka orang-orang yang berpengetahuan (tentulah mereka beringat) ”). (al-qalam, 68 : 33)

Kisah ini yang telah diterangkan oleh Allah SWT dalam Al-Quran merupakan suatu pengajaran bagi kita umat Nabi Muhammad SAW, dimana Al-Quran merupakan mu’jizat kepada kita semua, Al-Quran merangkumi pelbagai aspek, jika kita berpegang dan beramal dengan A-Quran dan As-Sunnah kita tidak akan sesat selama-lamanya sebagaiman Sabda Nabi SAW yang bermaksud:
(“Aku tinggal kepada kamu Dua perkara, kamu tidak akan sesat selama-lamanya jika kamu berpegang dengan kedua-duanya iaitu: Kitabullah (Al-quran) dan Sunnatur Rasul (Hadis) ”). (Riwayat Iman Bukhari dan Muslim)

Peristiwa ini yang diceritakan dan dirakamkan oleh Allah di dalam Al-Quran berlaku di Sana’a, Yaman. Berlakunya peristiwa ini dalam tempoh jarak mangsa selepas diangkat nabi Isa AS kelangit sebelum kebangkitan Nabi Muhammad SAW. Berkata setengah pendapat Ulama’ Salap (orang alim yang terdahulu): Mereka ini adalah penduduk yaman. Berkata Said bin jabir: Mereka adalah daripada orang kampung, jaraknya tempat ini dengan sana’a 18000 hasta. Setengah pendapat ulama’ yang lain berkata: Adalah mereka itu dari kalangan penduduk habsah, yang mana mereka tinggal diyaman. Dan ayah mereka telah telah meninggalkan kepada mereka sebidang kebun (ladang), mereka adalah dari Ahli Kitab, Pada masa ayahnya hasil dari kutipan ladang tersebut sebahagiannya dibahagikan kepada fakir miskin.

Tatkala selepas kematian ayah mereka, yang mewarisi ladang tersebut anaknya. Mereka (anak-anaknya) telah berkata: Sesungguhnya ayah kami adalah orang bodoh kerana ia memberi kepada orang-orang miskin dari hasil ladang ini. Maka mereka berazam dan bersumpah untuk tidak akan memberi hasil dari ladang tersebut kepada fakir miskin, dan memetik hasil tersebut pada waktu pagi, pada masa itulah mereka telah lupa bahawa semua itu pengurniaan rizki dari Allah.

Maka Allah telah hapuskan semuanya apa yang ditangan mereka. Jadilah kebun mereka itu terbakar dan tinggallah arang-arangnya seperti malam. Demikianlah hukuman Allah didunia seperti mana kita semua dengar dan tahu. Sesungguhnya azab Allah diakhirat amat dahsyat dan pedih. Marilah kita sama-sama menganbil pengajaran dari kisah ini, hendaklah setiap gerak kerja kita berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah supaya ianya diredai Allah, Mudah-mudahan kita tidak tergolong dari kalangan mereka yang dimurkai Allah, Sentiasalah kita muhasabah diri kita yang lemah lagi dhaif ini, adakah amalan-amalan yang telah kita lakukan selama ini diredai Allah @ tidak? Jika diredai Allah Alhamdulillah. Jika tidak, Ayuh marilah kita merubah diri kita ini kepada yang terbaik. Moga Allah Rahmati dan Berkati hidup kita di dunia dan akhirat. Insyaallah…

Kesimpulan dari kisah diatas tadi:

1).Hendaklah kita sentiasa bersyukur dengan kurniaan ni’mat yang Allah telah kurniaakan kepada kita.

2).Kita mesti mengeluarkan zakat harta yang wajib setiap tahun apabila sudah cukup nisab dan haul, zakat dibulan Ramadan dan juga perbanyakkan amalan sedekah jariyyah bagi membantu golongan fakir miskin.

3).Jangan sekali-kali kita mengherdik, mencerca dan mencela fakir miskin, Jika kita mampu tolong, kita tolong mereka, jika tidak mampu beredar @ beritahu dengan cara yang baik, dan berdoa kepadanya moga Allah kurniakan rezki kepada mereka.

4).Jadikanlah diri kita ini menjadi orang yang Bertaqwa dan Beriman kepada Allah dan Rasul dengan sungguh-sungguh.

5).Sentiasa muhasabah, meneliti dan menghisab diri kita, Supaya semua tingkah laku amalan kita diredai dan diberkati Allah SWT di dunia akhirat.


Bilik Rujukan:
1-Tafsir Hadaiqul Ruh Wal Raihan - Jilid: 30. - M/s: 92-99.
2-Tafsir Ibnu Kasir - Jilid: 8. - M/s: 171-173.
3-Tafsir Thabari - Jilid: 29,30 - M/s: 36-45.
4-Tafsir terjemahan Pimpinan Ar-Rahman - M/s: 1276-1278.
5-Kamus Al Muhit


BACA SETERUSNYA...
posted by Ibnu Abdullah @ 11:21  
0 Comments:

Post a Comment

<< Home
 
|| Asmaul Husna ||

Photobucket

|| About Me ||

Name: Ibnu Abdullah
Home: Sana'a, Yaman, Kuala Berang, Terengganu,, Malaysia
About Me: Firman ALLAH S.W.T Bermaksud: {Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa, apabila mereka disentuh oleh sesuatu imbasan hasutan dari Syaitan, mereka ingat (kepada ajaran Allah) maka dengan itu mereka nampak (jalan yang benar)}.Surah (الأعراف/201)
See my complete profile
|| Kata-kata Hikmah ||
|| Masa Kita ||
Waktu Yaman


Waktu Malaysia


|| Hari Ini ||
|| Berhibur ||



Gratisan Musik
|| Sembang Zulfz ||

Online

PENGUNJUNG YANG KE:

Web Site Tracking
Vysoke Tatry

|| Group Ulama' & Umara' ||


Pimpinan Pas Pusat

Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang

Al-Ust Nasharudin Mat Isa

Dato Husam Musa

Mohamad Sabu

Ust Ghani

Ust Ahmad Awang

Salahuddin Ayub

Tuan Hj Mahfuz Omar

Ust Idris Ahmad

Hanipa Maidin

Dato' Takiyuddin Hassan

Ust Nasrudin Tantawi

Ust Nik Abduh

YB Dr Lo' Lo'

Siti Zailah Naib Ketua DMPP

Athirah Al Jundi SU DMPP

Dr Halimah AJK DMPP



Adun PR Perak


Group Pakatan Rakyat


|| Tukaran Pulus ||
Currency Converter
|| Aina Anta ||
Bermula 6-Ogos-2010:
widgeo.net
© 2009 .::Zulfz::. Template by .::Zulfz Online::.