SEPULUH WASIAT AS-SYAHID IMAM HASSAN AL-BANNA:
إقراء... وتدبر... واعمل
Bacalah, Renunglah dan Amalkanlah
Pertama: "Apabila saudara mendengar azan bangunlah serta-merta menunaikan solat, walau bagaimana keadaan sekalipun."
Kedua: "Bacalah al-Quran atau tatapilah buku-buku atau pergilah mendengar perkara-perkara yang baik ataupun amalkanlah zikrullah dan jangan sama sekali saudara meanggunakan masa walau sedikit pun dengan hal-hal yang tidak berfaedah."
Ketiga: "Berusahalah seberapa daya upaya untuk bertutur dalam Bahasa Arab yang betul. Kerana ianya merupakan salah satu daripada syiar islam."
Keempat: "Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kecuali dalam hal yang penting. Kerana pertengkaran kosong tidak akan memberikan apa-apa faedah."
Kelima: "Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berkomunikasi dengan Allah (zikir) sentiasa tenang dan tenteram."
Keenam: "Janganlah banyak bergurau kerana umat yang berjuang tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam semua perkara."
Ketujuh: "Jangan bercakap lebih nyaring daripada kadar yang diperlukan oleh pendengar kerana ianya sia-sia malah menyakiti hati orang lain."
Kelapan: "Jauhilah daripada membicarakan dan mengumpat peribadi (keaiban) orang dan mengecam pertubuhan-pertubuhan dan jauhilah berkata-kata melainkan yang memberikan kebaikan."
Kesembilan: "Berkenal-kenallah dengan saudara muslim yang saudara bertemu dengannya sekalipun ia tidak meminta untuk berkenalan. Kerana asas gerakan dakwah kita adalah berkenalan dan berkasih-sayang."
Kesepuluh: "Kewajipan kita adalah lebih banyak daripada waktu yang kita ada, oleh itu bantulah saudaramu tentang cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah pelaksanaannya." Kita sebagai pendokong perjuangan islam sepatutnya ada pada diri kita apa yang iman hassan al-banna pesan kepada ikhwan ketika itu. Wasiat beliau bukan untuk ikhwan pada masa itu sahaja, bahkan menjadi satu nasihat yang patut dipegang oleh pejuang islam sepanjang zaman.
Marilah sama-sama kita renungkan…
Adakah semua 10 nasihat beliau ada pada diri kita?
Jika ada, alhamdulillah… insyallah perjuangan islam sikit masa lagi akan mencapai hasilnya.
Jika tiada, marilah sama-sama kita berusaha setakat kemampuan kita menjadi pejuang yang betul-betul ikhlas dan tulin dalam perjuangan serta merialisasikan dalam diri kita apa yang as-syahid iman hassan al-banna pesan kepada pejuang-pejuang islam pada ketika beliau masih hidup dahulu.
Insyaallah semua pesanan as-syahid iman hassan al-banna akan ada pada diri kita. Amin…
INSYAALLAH HURAIAN SATU PERSATU PESANAN AS-SYAHID IMAN HASSAN AL-BANNA AKAN MENYUSULI PADA WAKTU MENDATANG…
BACA SETERUSNYA... |
Post a Comment